awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita di Miri palsukan maklumat perjalanan dikompaun

Astro Awani
Astro Awani
26/06/2020
11:48 MYT
Wanita di Miri palsukan maklumat perjalanan dikompaun
Uggah menggesa orang ramai yang tiba di negeri itu memberikan maklumat yang sahih menerusi borang e-deklarasi yang disediakan. FOTO: Astro AWANI
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini mengeluarkan notis kompaun satu ribu ringgit kepada seorang pesakit COVID-19 wanita di Miri.
Ia berikutan kesalahan memalsukan maklumat perjalanan melalui borang e-deklarasi dengan menyembunyikan sejarah perjalanannya ke Tunisia.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerusi sidang media harian COVID-19 di Kuching pada Jumaat.
“Wanita ini dikompaun kerana telah memberikan maklumat yang tidak benar berdasarkan siasatan yang dijalankan sebelum ini.
“Tindakan selanjutnya akan diambil jika dia gagal membayar kompaun dalam tempoh yang ditetapkan,” kata Uggah.
Justeru Uggah menggesa orang ramai yang tiba di negeri itu untuk memberikan maklumat yang sahih menerusi boring e-deklarasi yang disediakan.
Antara lain, Sarawak hari ini tidak mencatatkan sebarang kes positif terbaharu COVID-19 menjadikan jumlah kes positif kekal 570 kes setakat ini.
Topic Berkaitan
#AWANI Sarawak
#COVID-19
#Datuk Amar Douglas Uggah Embas
#JPBNS
#Miri
#palsu
#Sarawak
#Tunisia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan