awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita di rantau APEC luang 4 jam 20 minit setiap hari lakukan kerja domestik, tanpa gaji - Laporan

Bernama
Bernama
23/03/2022
20:15 MYT
Wanita di rantau APEC luang 4 jam 20 minit setiap hari lakukan kerja domestik, tanpa gaji - Laporan
Impak beban ditanggung wanita dipengaruhi keadaan sosioekonomi, seperti pendapatan isi rumah, tahap pendidikan, status perkahwinan dan anak. - Gambar hiasan/REUTERS
bANGKOK: Wanita di rantau Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) menghabiskan empat jam 20 minit setiap hari untuk bekerja tanpa dibayar gaji.
Pekerjaan itu termasuk menjaga kanak-kanak, warga emas dan ahli keluarga yang sakit serta melakukan kerja rumah dan kerja sukarela dalam komuniti.
Laporan Unit Sokongan Dasar APEC mendapati perkara ini sangat tidak seimbang, jika dibandingkan dengan lelaki, kerana hampir tiga kali ganda masa yang diluangkan oleh lelaki.
Tempoh itu tidak jauh bezanya dengan wanita lain di seluruh dunia yang menumpukan purata empat jam 32 minit sehari untuk kerja-kerja tanpa gaji dan kerja domestik.
"Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menganggarkan bahawa penjagaan tanpa gaji dan kerja domestik berjumlah agregat sembilan peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) global, bersamaan dengan US$11 trilion dalam syarat pariti kuasa beli (PPP).
"Nilai kerja tanpa gaji wanita dianggarkan mewakili 6.6 peratus daripada KDNK atau US$8 trilion manakala sumbangan lelaki bersamaan 2.4 peratus daripada KDNK atau US$3 trilion.
"Nilai penjagaan tanpa gaji dan kerja domestik berbeza merentas ekonomi. Data yang meliputi lapan daripada 21 anggota APEC menunjukkan jumlah kerja tanpa gaji adalah setinggi 41.3 peratus daripada KDNK di Australia manakala lebih rendah di Thailand, iaitu 5.5 peratus daripada KDNK," kata laporan itu.
Penyelidik kanan Unit Sokongan Dasar APEC Rhea C. Hernando berkata impak beban ditanggung wanita dipengaruhi keadaan sosioekonomi, seperti pendapatan isi rumah, tahap pendidikan, status perkahwinan dan anak.
"Misalnya, bahagian wanita dalam kerja tidak bergaji biasanya meningkat dua kali ganda sebaik sahaja mereka berkahwin dan mempunyai anak," kata penulis laporan itu, Hernando.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Sekretariat APEC Rebecca Sta Maria berkata wanita memikul beban tidak sama rata dalam pekerjaan tidak bergaji dan kerja domestik sekali gus menjejaskan penyertaan mereka dalam aktiviti ekonomi dan sosial.
"APEC mesti terus memperjuangkan perbincangan dasar yang lebih kerap mengenai pemerkasaan ekonomi wanita yang akan menjadikan ekonomi kita lebih inklusif, dengan faedah yang boleh dinikmati semua," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita Asia
#APEC
#kerja domestik
#kerja tanpa gaji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan