Seorang wanita berhadapan detik cemas apabila diacukan parang oleh dua lelaki dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Jalan Pintasan Kuantan di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata mangsa yang berusia 21 tahun mendakwa kejadian pada 1.20 pagi itu berlaku sebaik sahaja dia memasuki kereta selepas selesai mengisi minyak.
Kejadian menyebabkan mangsa yang bekerja di Gebeng di sini, yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Balok selepas berjumpa rakan di Indera Mahkota, kerugian RM2,500.
"Mangsa mendakwa sebuah kereta Perodua Viva berwarna putih secara tiba-tiba berhenti berhampiran keretanya semasa dia baru masuk ke dalam kereta selepas mengisi minyak.
"Penumpang kereta itu keluar dan mengacukan parang sepanjang satu kaki ke arahnya sebelum mengambil telefon pintar iPhone 8 Plus yang berada di kerusi penumpang hadapan," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Mohamad Noor menambah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu mendapati suspek yang bertubuh tegap memakai jaket hitam sehingga menutupi kepala selain menggunakan topeng mulut untuk melindungi identitinya serta bersarung tangan manakala rakan subahatnya menunggu di dalam kereta.
"Siasatan mendapati suspek telah berada di simpang masuk stesen minyak itu dipercayai untuk memerhati pelanggan yang datang sebelum meluru ke arah mangsa sebaik sahaja dia memasuki kereta," katanya.
Mohamad Noor menambah pihaknya kini giat mengesan kedua-dua suspek dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Beliau juga menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati semasa mengisi minyak dan mengelakkan untuk berbuat demikian pada lewat malam dan awal pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 08 2018
rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu mendapati suspek yang bertubuh tegap memakai jaket hitam sehingga menutupi kepala selain menggunakan topeng mulut untuk melindungi identitinya. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
Polis kesan dua individu bakar pacuan empat roda
Polis sedang mengesan dua individu disyaki terlibat membakar kenderaan pacuan empat roda di Kampung Sungai Kayu, Damansara, tengah malam Ahad.
Polis ambil keterangan individu tinggalkan bagasi berisi wang tunai RM500,000
Polis telah mengambil keterangan seorang lelaki berkaitan penemuan bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Damansara, pada 19 Mac lepas.
KK Mart: Polis rakam keterangan tujuh individu
Polis telah mengambil keterangan daripada tujuh individu bagi membantu siasatan kes sebuah kedai serbaneka KK Mart di Jalan Bruseh, dekat Bidor dilempar bom petrol pada minggu lepas.
KK Mart Sungai Isap Kuantan dilempar 'molotov cocktail'
Sebuah lagi cawangan kedai serbaneka KK Mart di Sungai Isap Kuantan, yang baru dua minggu beroperasi, dilempar molotov cocktail.
Suspek lempar bom ke arah KK Mart di Bidor dikesan menerusi CCTV
Polis percaya perbuatan itu dilakukan oleh seorang lelaki yang telah memberhentikan keretanya di tepi jalan kira-kira pukul 5.35 pagi.
Pemilik stesen minyak hentian R&R mengaku jual RON95 kepada warga Thailand
Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku orang kena saman (OKS), membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Nor Rajjah Mat Zin.
Kes bayi maut dicampak: Polis rakam percakapan empat individu
Polis sudah merakam percakapan empat individu berhubung kes seorang bayi lelaki yang ditemukan maut di sebuah kondominum di Sri Petaling pada Sabtu lalu.
Airbnb haramkan pemasangan CCTV di unit sewaan bermula 30 April
Ia kini diharamkan penggunaannya sama sekali di keseluruhan unit bagi menjaga privasi penyewa.
Polis kesan dua lelaki sembur alat pemadam api samun kedai runcit
Polis sedang mengesan dua lelaki menggunakan alat pemadam api ketika melakukan samun di sebuah kedai runcit di Taman Desa Aman, Guar Chempedak di Yan.
Johor pertimbang pasang CCTV di surau dan masjid
Kerajaan Negeri Johor akan mempertimbang cadangan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di surau dan masjid untuk tujuan keselamatan.