awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UAE, Malaysia perkukuh kerjasama banteras rasuah
Penilaian asas tahun empat sokong reformasi pendidikan berasaskan data
Kerajaan dibenar tangguh bayar RM31 juta, RM10,000 sehari kepada Pastor Koh, isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita dihalang masuk IPD: Nancy gesa pendekatan belas kasihan dalam penguatkuasaan

Bernama
Bernama
11/12/2025
14:55 MYT
Wanita dihalang masuk IPD: Nancy gesa pendekatan belas kasihan dalam penguatkuasaan
Nancy berkata tiada wanita sepatutnya dihalang daripada membuat laporan polis hanya kerana pakaiannya. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menyeru pelaksanaan penguatkuasaan yang lebih belas kasihan dan berpusat kepada rakyat susulan insiden seorang wanita dilaporkan tidak dibenarkan memasuki kawasan Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Melaka pada Isnin.
Dalam hantaran di laman sosial X hari ini, Nancy berkata tiada wanita sepatutnya dihalang daripada membuat laporan polis hanya kerana pakaiannya.
"Jika bukan perkara mendesak, tiada sesiapa yang berjalan masuk ke balai polis untuk membuat laporan sekadar suka-suka," katanya.
Nancy mengalu-alukan siasatan dalaman yang telah dimulakan berhubung kejadian itu, sambil berharap amalan penguatkuasaan di semua agensi awam dapat dipertingkat bagi menjaga maruah dan keselamatan semua pihak, khususnya wanita dan kanak-kanak.
Sebelum ini, kejadian yang tular di media sosial itu dilaporkan berlaku kerana wanita berkenaan tidak mematuhi kod etika pemakaian yang ditetapkan bagi premis kerajaan.
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar dalam kenyataan pada Selasa berkata pada 5 petang Isnin, wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu tiba di IPD berkenaan bersama ibunya, berusia lingkungan 50-an untuk membuat laporan selepas mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Pegawai polis yang bertugas di pintu hadapan bagaimanapun menasihatkan mereka pulang dan menukar pakaian yang lebih sesuai sebelum membuat laporan, memandangkan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Arahan itu selaras dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 1 Dis 2020 berhubung penambahbaikan pengurusan hubungan pelanggan dalam sektor awam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita dihalang masuk IPD
#Nancy Shukri
#IPD di Melaka
#etika pemakaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan