awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita dijumpai dirantai di Serdang Raya

Bernama
Bernama
22/01/2017
14:32 MYT
Wanita dijumpai dirantai di Serdang Raya
Difahamkan, wanita berkenaan dirantai kerana sering mabuk namun, tiada pengesahan dibuat oleh keluarganya. - Gambar hiasan
Seorang wanita berusia 28 tahun dijumpai dalam keadaan dirantai di hadapan Kompleks 3K di Serdang Raya, dekat sini, hari ini.
Difahamkan, wanita berkenaan dirantai kerana sering mabuk namun, tiada pengesahan dibuat oleh keluarganya.
Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan untuk membantu mangsa pada 9.45 pagi tadi.
"Mangsa dirantai dari bahagian leher sehingga badannya. Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dapat membantu mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata rantai berkenaan dapat dipotong menggunakan pemotong besi sebelum mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun, enggan mengulas lanjut.
"Siasatan sedang dilakukan berhubung kes ini," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Fadzil Ahmat
#Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor
#Wanita dirantai
#wanita ditemui di Serdang Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan