Golongan wanita yang mempunyai krisis rumah tangga dan ibu tunggal berusia pertengahan dilaporkan cenderung menjadi mangsa sindiket penipuan 'Love Scam' atau cinta dalam talian yang didalangi lelaki warga asing.
Mendedahkan perkara itu, Pegawai Penyiasat Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman ASP Mohd Syafiq Jinuin Abdullah berkata wanita berusia antara 31 dan 40 tahun direkodkan antara paling ramai terpedaya dengan sindiket ini.
Katanya, faktor kesunyian dan masalah rumah tangga tidak harmoni yang sering didepani golongan wanita berkenaan mendedahkan diri mereka menjadi mangsa sindiket tersebut.
Selain itu, beliau berkata individu yang tidak mempunyai masa untuk bersosial dan mencari teman hidup juga berpotensi menjadi mangsa sindiket berkenaan.
"Mereka (anggota sindiket) ini mempunyai 'skrip' atau kata-kata manis untuk memikat dan menjalinkan hubungan cinta sebelum memperdayakan mangsa wanita mereka melalui laman sosial seperti Facebook," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Mohd Syafiq Jinuin berkata berdasarkan profil mangsa, anggota sindiket dilihat tidak mempunyai spesifikasi tertentu, sebaliknya memilih individu secara rambang di alam maya untuk dijadikan mangsa.
Beliau berkata antara mangsa sindiket ialah golongan profesional seperti doktor, peguam, guru, pensyarah, pegawai bank dan ahli perniagaan.
Katanya sebanyak 5,456 kes penipuan cinta dalam talian melibatkan kerugian lebih RM215 juta telah direkodkan sejak tahun 2013 hingga Ogos tahun ini.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan masyarakat supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi dan maklumat akaun bank kepada orang yang baru dikenali melalui alam maya serta jangan memberi atau menghantar wang kepada kenalan yang tidak pernah ditemui secara fizikal.
"Masyarakat diingatkan supaya tidak mudah mempercayai mana-mana individu terutama di internet kerana penglibatan dengan sindiket ini dapat memberi kesan ke atas emosi selain mengakibatkan mangsa menanggung beban hutang yang tinggi," katanya. -Bernama
Bernama
Wed Sep 14 2016
Faktor kesunyian dan masalah rumah tangga tidak harmoni yang sering didepani golongan wanita berkenaan mendedahkan diri mereka menjadi mangsa sindiket tersebut. -Gambar fail
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Mayat wanita tanpa kepala disumbat dalam karung
Penemuan mayat tanpa kepala menggemparkan penduduk di Jakarta pada awal minggu lalu.
Guru wanita didakwa ceroboh pejabat bekas teman lelaki
N Retha didakwa memasuki kawasan bilik pejabat milik P Navaneeth di sebuah klinik dalam daerah Muallim pada 3 Mac lepas.
Belanjawan 2025: KPWKM cadang peruntukan RM3 bilion - Nancy
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mencadangkan peruntukan kira-kira RM3 bilion bagi Belanjawan 2025.
Tidak lagi mampu menyanyi, menjahit, ibu tunggal kudung kaki rayu bantuan
Megala yang kematian suami turut diuji apabila dua anaknya disahkan menghidap diabetes dan bergantung pada ubat.
Belanjawan 2025: KPWKM cadang bantuan kepada ibu tunggal tuntut nafkah di mahkamah
KPWKM akan mengemukakan cadangan berhubung bantuan kepada ibu tunggal untuk menuntut nafkah daripada bekas suami di mahkamah dalam Belanjawan 2025.
Ibu tunggal didenda RM2,000 guna MyKad palsu ketika hendak bersalin
Seorang ibu tunggal dihukum denda RM2,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan MyKad palsu sewaktu bersalin.
Penjawat awam rugi hampir RM150,000 jadi mangsa penipuan cinta
Mangsa dihubungi seorang individu mendakwa sebagai ejen penghantaran yang menyatakan terdapat masalah berkait bungkusan yang dihantar kepadanya.
MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu
MAIPs dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal.
Jangan nafi hak, bantuan kepada golongan isteri ditinggal suami tanpa cerai - KANITA
Insiden ibu tunggal yang ditinggalkan oleh suami tanpa diceraikan dan dinafikan daripada menerima bantuan Kerajaan adalah membimbangkan.
Rangka tak sempurna dalam rumah terbengkalai dipercayai Bella
Penemuan rangka manusia termasuk tengkorak dalam sebuah rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah dijangka dapat merungkai kehilangan Bella.