awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
Objek disyaki bom ditemui di terminal bas Pattani
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita dipercayai pelacur patah kaki dalam cubaan melarikan diri di Sungai Petani

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
08/06/2025
22:00 MYT
Wanita dipercayai pelacur patah kaki dalam cubaan melarikan diri di Sungai Petani
Seorang wanita warga Thailand patah kaki selepas selepas terjun dari tingkat atas sebuah rumah kedai dua tingkat di Taman Sejati Indah, Sungai Petani, ketika cubaan melarikan diri. - Gambar ihsan PDRM
SUNGAI PETANI: Seorang wanita warga Thailand patah kaki selepas selepas terjun dari tingkat atas sebuah rumah kedai dua tingkat di Taman Sejati Indah, di sini, ketika cubaan melarikan diri selepas premis yang menjalankan kegiatan persundalan itu diserbu pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, dalam serbuan jam 2.30 petang itu selepas pihak polis menerima laporan premis terbabit menjalankan aktiviti pelacuran.
“Premis itu dipercayai menawarkan perkhidmatan seks kepada warga asing.
"Melalui operasi ini, tiga wanita warga Thailand berusia 30-an dipercayai pelacur ditahan bersama tiga lelaki warga Bangladesh dipercayai pelanggan.
“Wanita yang cedera patah kaki kanan itu kemudian ditahan dan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Hanyan berkata, semua ditahan disiasat mengikut Seksyen 472B Kanun Kesiksaan dan Seksyen 6(1)(a) Akta Imigresen.
Beliau berkata, polis turut merampas, sejumlah wang, tisu basah, tuala dan barangan lain yang digunakan dalam persundalan.
Jelasnya, premis itu dipercayai beroperasi sejak 2022 dan dalam tahun ini premis itu telah diserbu dua kali.
Katanya, polis turut meminta penguatkuasaan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) untuk meroboh binaaan bilik di dalam premis terbabit.
Selain itu juga Syarikat Air Darulaman (SADA) diminta untuk memotong bekalan air supaya premis terbabit tidak dapat menjalankan operasi lagi.
Topic Berkaitan
#wanita Thailand'
#pelacur
#pelacur patah kaki
#cubaan melarikan diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan