Akibat tidak tahan dengan sikap cemburu teman wanita, seorang mekanik kereta sanggup memukul dan membakar pasangannya itu hidup-hidup dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Andalas di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata mangsa yang berusia 24 tahun melecur hampir 60 peratus di beberapa bahagian badan dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu.
"Kejadian itu bermula apabila pasangan kekasih tersebut bertengkar di bilik tidur rumah suspek kerana mangsa mengesyaki teman lelakinya berusia 24 tahun itu mempunyai hubungan dengan wanita lain.
Pertengkaran tersebut berlarutan sehingga mangsa dipukul di bahagian badannya menggunakan getah paip sebelum suspek bertindak menyimbah petrol dan menyalakan api menyebabkan mangsa terbakar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Shamsul berkata kejadian itu turut disedari bapa lelaki terbabit yang pada waktu itu sedang tidur bersebelahan bilik suspek apabila beliau terhidu bau asap sebelum menemui mangsa.
Beliau berkata selain mangsa, suspek turut mengalami kecederaan apabila tangannya disambar api ketika membakar teman wanitanya.
"Pasangan terbabit kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang oleh bapa suspek untuk menerima rawatan.
Susulan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan polis dan suspek telah ditahan di hospital pada hari yang sama (semalam)" katanya.
Suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 08 2018
Mangsa berusia 24 tahun melecur hampir 60 peratus di beberapa bahagian badan dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu. -Gambar hiasan
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Wanita dipukul dan dibakar hidup-hidup akibat cemburu buta
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata mangsa yang berusia 24 tahun melecur hampir 60 peratus di beberapa bahagian badan dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu.