awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita ditahan bantu siasatan kes kematian bayi lelaki di Kampung Klang Gate

Bernama
Bernama
30/08/2022
05:02 MYT
Wanita ditahan bantu siasatan kes kematian bayi lelaki di Kampung Klang Gate
Menurut Farouk Eshak wanita berusia 34 tahun yang juga ibu kepada bayi malang itu ditahan di lobi Hospital Tunku Azizah pada 8.40 malam tadi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes kematian bayi lelaki berusia enam bulan di Kampung Klang Gate di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata wanita berusia 34 tahun yang juga ibu kepada bayi malang itu ditahan di lobi Hospital Tunku Azizah pada 8.40 malam tadi.
Beliau berkata dalam kejadian Sabtu lepas, pegawai perubatan hospital telah menerima pesakit seorang bayi lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat muntah dan sawan namun telah disahkan meninggal dunia pada 4.30 petang semalam.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kesan lebam di bahagian peha kanan dan kening mangsa disyaki terdapat unsur penderaan.
"Suspek yang ditahan tidak mengaku membunuh mangsa namun mengakui mangsa mengalami kecederaan di bahagian dahi dan kening akibat terjatuh dari katil semasa dalam jagaannya beberapa hari sebelum dibawa ke hospital," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Farouk berkata suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai tidak mempunyai sebarang rekod lampau manakala ujian saringan awal air kencing didapati bebas sebarang jenis dadah.
Menurutnya, suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sementara itu, Mohamad Farouk berkata polis sedang giat mengesan suami suspek iaitu lelaki warga Indonesia berusia 31 tahun untuk membantu siasatan.
Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di talian 03-42897222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayi lelaki didera
#wanita ditahan
#Kampung Klang Gate
#Polis Ampang Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan