awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita ditemui mati tergantung dalam bilik air hotel

Sinar Harian
Sinar Harian
24/05/2021
01:27 MYT
Wanita ditemui mati tergantung dalam bilik air hotel
Seorang wanita warga asing ditemui mati dalam keadaan tergantung dalam bilik air di sebuah bilik hotel di Genting Highlands pada awal pagi Sabtu. -Gambar hiasan
BENTONG: Seorang wanita warga asing ditemui mati dalam keadaan tergantung dalam bilik air di sebuah bilik hotel di Genting Highlands pada awal pagi Sabtu.
Mangsa berusia 32 tahun menginap di hotel berkenaan sejak datang ke negara ini pada awal tahun ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa dipercayai dalam keadaan tertekan akibat masalah peribadi.
Menurutnya, pada hari kejadian, mangsa sedang berbual bersama rakan-rakannya sebelum bergegas masuk ke bilik air dan mengunci pintu.
"Curiga dengan tindakan mangsa, rakannya membuka pintu bilik air sambil memanggilnya keluar namun usaha itu gagal.
"Kemudian rakannya memaklumkan kejadian itu kepada pihak pengurusan hotel sebelum dilaporkan kepada polis," katanya melalui satu kenyataan pada Isnin.
Zaiham berkata, anggota polis yang tiba di lokasi menemui mayat mangsa dalam keadaan tergantung.
"Pemeriksaan awal pada mayat mangsa mendapati kematian wanita itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk proses bedah siasat," katanya.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong melalui talian 09-2222222 untuk membantu siasatan.
Artikel asal di Sinar Harian: Wanita ditemui mati tergantung dalam bilik air hotel

Topic Berkaitan
#Genting Highlands
#warga asing
#tergantung dalam bilik air
#IPD Bentong
#Zaiham Mohd Kahar
#tertekan akibat masalah peribadi
#Hospital Bentong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan