GUA MUSANG: Seorang wanita warga Filipina dan seorang lelaki tempatan ditahan kerana memiliki 34 kilogram ketulan ganja mampat bernilai RM85,000 di Kilometer 8, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo berkata kedua-dua suspek yang menaiki kenderaan jenis Perodua Axia didapati berada dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan pada 6 petang.
"Pemeriksaan lanjut menemukan 34 ketulan ganja mampat dalam tiga kotak di tempat duduk belakang kenderaan terbabit yang dianggarkan bernilai kira-kira RM85,000.
"Ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki berusia 23 tahun itu positif dadah jenis metamfetamina dan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah manakala wanita berusia 46 tahun itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang hari ini.
Beliau juga berkata ketulan ganja itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran ke Kuala Lumpur dan Lembah Klang melalui Kelantan.
"Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023

Pemeriksaan menemukan 34 ketulan ganja mampat dalam tiga kotak di tempat duduk belakang kenderaan yang dinaiki dua suspek. - Gambar hiasan

MAHB kekal untung selepas merekodkan untung bersih suku pertama RM58.19 juta
MAHB catat untung bersih RM58.19 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2023 berbanding kerugian RM104.76 juta pada suku yang sama sebelumnya.

Hanya 35 peratus suri rumah mencarum perlindungan bawah SKSSR - Sivakumar
Hanya 35 peratus atau seramai 176,883 suri rumah mendapat perlindungan di bawah SKSSR setakat Isnin, berbanding sasaran 500,000 suri rumah yang ditetapkan Kementerian Sumber Manusia pada tahun ini.

Negeri Sembilan perlu perluas sektor pertanian, penternakan moden untuk rancakkan ekonomi - Rafizi
Kerajaan Negeri Sembilan digesa memperluaskan sektor pertanian dan penternakan modennya bagi merancakkan lagi ekonomi negeri sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Program NTIS jana jualan RM51.8 juta dalam tempoh dua tahun - MOSTI
NTIS berjaya menjana hasil jualan sebanyak RM51.8 juta melalui pengkomersialan 24 inovasi dalam tempoh dua tahun.

KPT pelawa pemain industri kerjasama dengan IPT rangka program TVET terbaik
KPT menjemput semua pemain industri untuk bekerjasama dengan IPT, untuk merangka program TVET yang terbaik pada masa akan datang.

Malaysia antara negara terbaik bagi industri EV - EVAM
Malaysia antara negara terbaik bagi industri kenderaan elektrik kerana mempunyai kepakaran yang sesuai untuk pelaburan dan eksport.

KPDN jamin bekalan gula Aidiladha mencukupi
KPDN arah dua kilang terbesar negara iaitu CSR dan MSM keluarkan bekalan gula pasir kasar dan halus seperti biasa untuk diagihkan kepada pemborong.

MITI saran rakan IPEF bangunkan integrasi vertikal rantaian bekalan
MITI menyarankan rakan IPEF berusaha ke arah integrasi vertikal rantaian bekalan bagi pertumbuhan holistik dan progresif untuk semua.

MIDA sasar pelaburan RM134 juta bagi industri aeroangkasa menjelang akhir 2023
Potensi pelaburan bagi projek-projek ini dianggarkan kira-kira RM900 juta dalam tempoh tiga tahun hingga lima tahun akan datang.

Indonesia bincang tindakan segera banteras jenayah pemerdagangan manusia
Presiden Joko Widodo menggesa penguatkuasa undang-undang dan agensi berkaitan supaya mengambil tindakan segera mencegah dan memberantas jenayah pemerdagangan manusia.

Wanita Filipina antara ditahan miliki ganja mampat bernilai RM85,000
Pemeriksaan menemukan 34 ketulan ganja mampat dalam tiga kotak di tempat duduk belakang kenderaan yang dinaiki dua suspek.

Maritim Malaysia patahkan cubaan seludup ganja bernilai RM45,000
Bungkusan guni mengandungi ketulan ganja mampat yang diletakkan dalam plastik berwarna emas dibuang ke laut oleh suspek.

158 ketul ganja 'terapung' ditemukan berselerakan di sungai
Pihak berkuasa menemui ketulan mampat yang dibaluti plastik lutsinar dan berwarna perak di tepi tebing Sungai Yan.

Ganja RM2.23 juta terapung di laut
Pemeriksaan mendapati sebanyak 18 guni plastik berwarna putih yang berisi ketulan ganja mampat dengan berat anggaran sekilogram setiap satu ketulan.

Polis tahan tiga individu termasuk pasangan suami isteri, rampas dadah bernilai RM61,847
Polis turut merampas empat ketul ganja dan pelbagai peralatan untuk membungkus dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah flat.

Polis tahan enam 'transporter', rampas 270 ketulan ganja mampat bernilai RM668,300
Penahanan suspek berkenaan dilakukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Perlis.

PGA rampas 88 kilogram ganja mampat bernilai RM4.4 juta
Kawasan berpagar kawad duri itu dikesan menjadi lokasi terbaru penyeludupan barangan terlarang.

Lelaki ditahan bersama dadah bernilai RM20,820
Pemeriksaan itu dijalankan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Wangsa Maju kira-kira jam 8.20 malam.

Polis temukan 494kg ganja bernilai RM1.2 juta dalam SUV di Tumpat
Polis telah mengarahkan pemandu agar berhenti namun kenderaan itu terus memecut laju menyebabkan anggota terpaksa mengejarnya.

Polis tahan 2 lelaki Thailand miliki ganja mampat lebih RM100,000
Dua lelaki Thailand ditahan bersama 42 ketul ganja mampat bernnilai lebih RM100,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Charuk Tenang, dekat Sik, pada Sabtu malam.