MARANG : Wanita istimewa yang dikurniakan bentuk fizikalnya lebih kecil berbanding wanita normal lain bersyukur kerana anak sulung yang dilahirkan secara pembedahan sejak hampir dua tahun lalu kini membesar dengan sempurna.
Syakila Norazma Amira Zuharsema, 29, berkata, tahap tumbesaran anaknya, Muhammad Ayden Adrian yang kini berusia setahun sembilan bulan normal seperti kanak-kanak lain dengan berat badan mencecah 8.5 kilogram (kg).
"Saya bersyukur, walaupun dilahirkan tak cukup bulan, graf pertumbuhan Ayden normal seperti kanak-kanak lain. Sama ada dari segi ketinggian dan berat badan.
"Sebenarnya waktu mengandungkan dia dulu macam-macam bermain di fikiran saya. Takut dia kecil macam saya juga. Macam-macam saya fikir. Tapi Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa dan telah aturkan yang terbaik.
"Kadang-kadang sekarang ini pun datang fikiran nakal saya terbayang kalau anak dah besar, nak ke dia mengaku saya sebagai ibu atau dia ingat saya kawan dia sahaja sebab saiz badan saya lebih kecil," ujarnya berseloroh.
Syakila Norazma Amira atau lebih dikenali sebagai Yaya berkata, kehidupannya berubah selepas melahirkan Ayden dan dia kini memberi tumpuan membesarkan anak sulungnya itu.
"Kehidupan saya kini luar daripada kebiasaan sebab anak dah semakin membesar dan agak lasak. Kadang-kadang rasa macam tak mampu nak urus sendiri disebabkan saiz badan saya yang kecil. Tapi bagi saya, sampai bila nak harapkan bantuan orang lain untuk mengasuh dia.
"Sebolehnya saya cuba untuk buat sendiri uruskan semua walaupun fizikal saya agak kecil. Nak dukung dia pun perlukan tenaga yang kuat. Tapi saya cuba untuk buat yang terbaik," katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di Taman Tapai Indah, Wakaf Tapai di sini.
Sudah lali berdepan cemuhan terutama melibatkan bentuk badan, wanita genit berketinggian 118 sentimeter itu mengetepikan kata-kata yang tidak baik yang mematahkan semangatnya.
"Benda negatif tu selalu ada sebab bila kita naik (dikenali ramai), tak akan ada seorang pun yang tak menghina dan mencaci kita. Lebih-lebih lagi bila ramai yang kenal kita.
"Kita tak boleh lari daripada itu, cuma kita kena kuat untuk hadap semua tu," katanya.
Menurut Yaya, dia pernah membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun TikTok yang meninggalkan komen negatif ketika dia menjalankan jualan secara dalam talian di platform media sosial berkenaan.
Katanya, laporan itu dibuat di Balai Polis Wakaf Tapai di sini, pada 29 September lalu.
"Saya boleh terima kalau nak kecam tapi kalau keterlaluan sehingga melibatkan soal kehormatan diri saya tak boleh bersabar.
"Ada benda boleh bergurau kita bergurau tetapi berkaitan dengan adab kita kena jaga," ujarnya yang kini seberat 22kg berbanding 18kg sebelum berkahwin.
Yaya berkata, dia kini aktif menjalankan perniagaan secara dalam talian termasuk melakukan perkhidmatan secara 'paid review' menerusi media sosial.
"Sekarang saya aktif berniaga secara dalam talian dan ada juga menerima bayaran untuk membuat review produk.
"Kerja-kerja yang saya buat ini memerlukan saya berinteraksi dengan orang ramai. Sebab itulah saya perlu 'kalis kecaman' tapi tak bermakna semua orang bebas untuk mengecam apa sahaja sehingga melibatkan soal maruah dan harga diri," ujarnya.
Kisah Yaya sebelum ini pernah menarik perhatian ramai selepas mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Muhammad Azri Zaidi, 21, yang mempunyai ketinggian 154 sentimeter.
Pasangan suami isteri itu bertemu jodoh selepas mereka berkenalan menerusi permainan dalam talian, PUBG.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan wanita tersebut selamat melahirkan bayi sulung pada 25 Januari 2022 iaitu awal sebulan berbanding tarikh jangkaan bersalin pada 25 Februari. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 07 2023
Syakila Norazma Amira (kiri) di samping anak, Muhammad Ayden Adrian dan suaminya, Muhammad Azri ketika ditemui di Wakaf Tapai, Marang. - Foto Sinar Harian
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Wanita genit bersyukur anak membesar dengan sempurna
Kehidupannya berubah selepas melahirkan Ayden dan dia kini memberi tumpuan membesarkan anak sulungnya itu.