awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
Rumah bekas Presiden Korea Selatan Park Geun‑hye disita akibat hutang tertunggak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita hadapi kesukaran hidup, 21 tahun tanpa kad pengenalan

Sinar Harian
Sinar Harian
01/09/2023
23:45 MYT
Wanita hadapi kesukaran hidup, 21 tahun tanpa kad pengenalan
Syed Saddiq bersama Melissa semasa perjumpaan mereka berhubung isu MyKad.
SHAH ALAM : Seorang wanita terpaksa melalui kesukaran hidup kerana tidak mempunyai kad pengenalan diri (MyKad) dan hanya mampu bersekolah sehingga Tahun Enam.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau menerima pesanan daripada wanita yang dikenali sebagai Melissa, 21, mengenai isu tersebut dan mengajaknya untuk berjumpa.
Menurutnya, Melissa masih tidak mempunyai MyKad walaupun dalam sijil kelahiran dinyatakan status warganegara dan mempunyai nombor kad pengenalan.
“Dia lulus Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mendapat A dalam subjek Bahasa Melayu. Namun, tidak dapat masuk sekolah menengah kerana tidak mempunyai MyKad.
“Saya sedih kerana Melissa dinafikan hak pendidikan menyebabkan dia terpaksa menjual nasi lemak tepi jalan, bunga orkid, ais krim Malaysia 20 sen dan macam-macam lagi untuk sara diri pada usia 14 tahun.
“Pada tahun 2013, dia sepatutnya mewakili Pulau Pinang dalam acara gimnastik berirama Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak. Akhirnya tak dapat pergi kerana masalah berkenaan,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Jumaat.
Melissa merupakan gadis kelahiran Pulau Pinang, kini tidak dapat menjalani kehidupan normal sebagai warganegara Malaysia seperti mendapatkan pendidikan dan pekerjaan kerana tidak mempunyai MyKad.
Wanita tersebut dilahirkan dan turut dibesarkan di Malaysia, mempunyai keluarga dan rakan-rakan di sini selain fasih berbahasa Melayu.
Tambah Syed Saddiq, beliau percaya masih banyak kes yang hampir sama dan masyarakat yang menerima nasib seperti Melissa.
“Di Muar, ada individu yang sudah hidup berpuluh tahun dan duduk di Malaysia sebelum kita merdeka lagi tetapi masih tidak mempunyai MyKad.
“Saya akan utuskan surat ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkenaan isu ini dan harap penantian mereka tidak sia-sia.
“Beri peluang kepada mereka untuk berbakti pada Malaysia,” ujarnya. - Sinar Harian
Dia dilahirkan, dibesarkan dan dididik di Malaysia Keluarga dan kawan-kawan juga di Malaysia, Dia juga fasih berbahasa Melayu dan nyanyi Negaraku seperti kita semua. Ini cerita Melissa. Sebuah bebenang. 1/9 pic.twitter.com/DNaZimm8oQ
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) September 1, 2023
Topic Berkaitan
#tiada kad pengenalan
#Melissa
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#mykad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan