awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita hilang sejak tiga hari lepas ditemukan lemas

Bernama
Bernama
26/07/2022
15:50 MYT
Wanita hilang sejak tiga hari lepas ditemukan lemas
Mayat dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil bedah siasat. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lepas ditemukan maut dipercayai akibat lemas, di kawasan teluk di Batu 1, PD Waterfront, Port Dickson, dekat sini tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata mayat pekerja swasta berusia 31 tahun dari Mambau itu ditemukan oleh seorang lelaki kira-kira pukul 1.10 tengah hari.
Beliau berkata pengecaman dilakukan adik mangsa mengesahkan bahawa ia adalah mayat kakak kandungnya, berdasarkan kepada pakaian yang dipakai wanita itu sebelum keluar rumah tiga hari lepas.
"Pada tarikh itu juga bapa mangsa telah membuat laporan polis berkaitan kehilangan wanita itu dan kenderaannya dijumpai semula bersama barangan peribadi dalam kereta yang masih berkunci di kawasan lapang berdekatan Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata mayat dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil bedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita hilang
#port dicson
#lemas
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan