awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita hilang tiga hari ditemui mati

Sinar Harian
Sinar Harian
29/10/2023
14:56 MYT
Wanita hilang tiga hari ditemui mati
Mayat diserahkan pihak polis untuk tindakan lanjut. - Foto Ihsan Maritim Malaysia
IPOH: Seorang wanita yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya sejak Khamis lalu ditemui mati dalam keadaan terapung di tepi laut berhampiran Pengkalan Zon Maritim Kuala Kurau.
Mayat mangsa dikenali Norasma Diana Mohd Nazim, 23, ditemui pada Sabtu oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sekitar jam 4.45 petang.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, identiti mangsa telah disahkan oleh keluarga yang hadir membuat pengecaman di Hospital Parit Buntar.
Menurutnya, hasil bedah siasat dijalankan mendapati kematian mangsa tidak dapat dikenal pasti akibat pereputan mayat.
"Beberapa spesimen telah diterima dan dihantar ke Jabatan Kimia, Ipoh bagi membantu keseluruhan siasatan.
"Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Beliau berkata, polis telah menerima laporan kehilangan mangsa pada Jumaat lepas daripada bapa mangsa yang memaklumkan anak gadisnya itu keluar dari rumah dan gagal dikesan.
Katanya, mangsa dikatakan mempunyai masalah kesihatan tiroid dan asma serta mengalami kemurungan.
"Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengelirukan siasatan bagi menjaga sensitiviti keluarga.
"Mereka yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.
Hebahan kehilangan mangsa telah dikongsi di media sosial termasuk Facebook sejak Khamis lalu.
Mangsa dikatakan keluar dari rumah dengan berpakaian baju T berwarna biru gelap dan berseluar hitam.
Sinar Harian melaporkan, satu mayat tanpa identiti ditemui terapung di bawah bot Perkasa 1238 yang bertambat di Jeti Zon Maritim Kuala Kurau.
Usaha mengeluarkan mayat telah kemudiannya dilakukan dengan bantuan polis dan komuniti setempat.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#wanita hilang
#ditemui mati
#terapung
#jeti
#Norasma Diana Mohd Nazim
#Pengkalan Zon Maritim Kuala Kurau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan