awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita jual tisu kononnya berpura-pura buta adalah pemegang kad OKU - JKM

Bernama
Bernama
11/01/2017
00:13 MYT
Wanita jual tisu kononnya berpura-pura buta adalah pemegang kad OKU - JKM
Mata kanan wanita berusia 43 tahun itu buta sepenuhnya manakala mata kirinya hanya boleh mengesan warna terang. - Gambar hiasan
Wanita menjual tisu yang kisahnya menjadi tular di laman sosial yang kononnya berpura-pura buta, adalah pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang sah.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata mata kanan wanita berusia 43 tahun itu buta sepenuhnya manakala mata kirinya hanya boleh mengesan warna terang.
Manayi berkata, wanita berkenaan hadir bersama-sama dua daripada lima anaknya ke pejabat JKM pada pukul 10 pagi Selasa.
"Dalam pertemuan itu, wanita itu dan anak-anaknya memberitahu JKM bahawa mereka kecewa dengan penyebaran gambar berkenaan di laman sosial," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
Kisah wanita itu menjadi tular di laman sosial berikutan dia didakwa berpura-pura buta dan menjual tisu.
Manayi berkata JKM turut menasihatkan wanita itu mencari pekerjaan sesuai agar tidak mengundang perspektif serong masyarakat, selain meminta memperbaharui kad OKU berikutan kad yang ada pada simpanannya adalah kad lama.
Mengulas mengenai video yang menunjukkan dia mendeposit wang berjumlah RM14,000 di kaunter bank, Manayi berkata wanita itu memberitahu duit berkenaan adalah milik rakan-rakan peniaga tisu lain yang diserahkan kepadanya untuk disimpan di bank.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#buta
#jkm
#OKU
#tisu
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan