Seorang wanita dipercayai kurang siuman bertindak agresif dengan menyimbah asid ke arah anak saudaranya dan anggota polis dalam kejadian di rumahnya di Taman Impian, di sini pada Sabtu sebelum janda anak satu itu berjaya ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, seorang wanita yang merupakan anak saudara suspek telah menghubungi polis memaklumkan ibu saudaranya berusia 51 tahun itu dalam keadaan marah sebelum dia menjadi agresif.
"Wanita itu mengesyaki ibu saudaranya mengalami sakit mental sejak setahun lepas dan pernah menerima rawatan (sakit mental) di klinik Jalan Perak, dekat sini. Jadi, dia menghubungi polis untuk minta bantuan menghantar wanita tersebut ke hospital bahagia.
"Suspek sebelum itu marah-marah dan menyimbah asid ke arah anak saudaranya dan kereta mangsa, namun wanita (anak saudara) berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya di sini malam tadi.
Berikutan itu, anggota peronda polis (MPV) dihantar ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan dan membuat tangkapan bagi menghantar wanita berkenaan ke hospital bahagia.
Nik Ros Azhan berkata apabila sampai di rumah wanita itu, anggota polis memanggil wanita itu keluar dari rumahnya dan semasa keluar, dia membawa tiga bilah pisau untuk menyerang anggota berkenaan.
Katanya anggota berkenaan cuba memujuk wanita itu, namun tidak berjaya, sebaliknya dia tiba-tiba membaling tiga bilah pisau ke arah polis tetapi tidak mengenai sesiapa.
"Wanita itu, yang tidak bekerja, bertindak melarikan diri dengan memandu Proton Saga putih kepunyaannya dan semasa memandu, dia telah melanggar motosikal anggota polis dan pintu pagar jirannya malah cuba melanggar anggota polis yang berada di hadapan rumah," katanya.
Beliau berkata anggota polis itu bertindak melepaskan satu das tembakan ke arah tayar belakang kereta mangsa tetapi wanita tersebut tetap memandu kenderaannya sebelum melanggar sebuah kereta di situ dan kenderaannya turut tersangkut di kawasan itu.
Menurutnya, ketika anggota polis cuba membuka pintu kereta, wanita itu membaling asid ke arah anggota polis kerana mahu melarikan diri, bagaimanapun polis berjaya menahan suspek sebelum membawanya ke Hospital Bukit Mertajam bagi pemeriksaan lanjut.
"Polis merampas tiga bilah pisau yang digunakan dalam kejadian itu daripada wanita terbabit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 22 2019
Anggota peronda polis dihantar ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan dan membuat tangkapan bagi menghantar wanita berkenaan ke hospital bahagia. - Gambar hiasan
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Pemerdagangan manusia: PM jamin ambil tindakan terbaik, lebih agresif selamatkan rakyat Malaysia
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terbaik bagi menyelesaikan isu pemerdagangan manusia melibatkan rakyat Malaysia di beberapa negara ASEAN.
Bekas ratu cantik, rakan ditahan tumbuk polis, rempuh SJR
Bekas ratu cantik dan rakannya ditahan selepas bertindak agresif dengan menumbuk seorang anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan, di sini, pada awal pagi Khamis.
Polis kesan lelaki ketuk cermin, ugut pemandu kereta
Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang dipercayai bertindak agresif dengan mengetuk cermin dan mengugut seorang pemandu.
Siasatan menyeluruh kes kematian dalam lokap - Ketua Polis Kedah
Siasatan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud elemen kekerasan, kecuaian, salah laku pegawai dan anggota yang terlibat.
Debat terakhir bersama Biden amat menakjubkan - Trump
Calon Republikan itu berentap di pentas debat ini pada Khamis malam sebelum hari pengundian pada 3 November depan.
Polis trafik, penunggang motosikal jadi hero selamatkan monyet cedera di lebuh raya
Tindakan agresif monyet itu menyebabkan salah seorang anggota polis trafik serba salah untuk mengambilnya kerana bimbang digigit.
Lelaki 'wanted' mengamuk ketika hendak ditahan polis
Dalam kejadian jam 11 malam itu, lelaki terbabit dikatakan tidak berpuas hati dan berang apabila polis ingin menangkapnya, lalu bertindak agresif.
Bakar kenderaan terlibat kemalangan, dua abang mangsa antara ditahan polis
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek yang berusia 19 dan 29 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan di sekitar Tasek Gelugor.
APM dua kali tangkap ular di rumah yang sama dalam tempoh dua hari
Dalam kejadian Selasa lalu, ular tedung selar ditangkap di dalam rumah berkenaan dan kira-kira jam 7.30 malam tadi, ular yang dipercayai "pasangannya" pula ditangkap di dalam reban ayam.
Suspek autistik boleh digari jika agresif - Polis
Pegawai polis yang berhadapan dengan suspek dari golongan autisme dibenarkan mengguna gari sekiranya suspek dilihat terlalu agresif sehingga boleh mendatangkan ancaman kepada polis dan orang awam.