awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut basikal ditunggangi dirempuh lori

Bernama
Bernama
19/12/2020
04:52 MYT
Wanita maut basikal ditunggangi dirempuh lori
Mayat mangsa yang berusia 34 tahun itu telah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA:Seorang wanita maut apabila basikal yang ditungganginya dirempuh sebuah lori dari arah belakang di atas jambatan berdekatan Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8 di sini pada kira-kira 9.40 pagi.
Saksi kejadian, Mohd Shukri@Budiman Hassan, 43, berkata ketika kejadian itu berlaku, kenderaannya berada di belakang lori terbabit yang dibawa perlahan.
"Tiba-tiba lori berkenaan terbabas dan naik di atas penghadang jalan dan saya nampak ada benda tergolek. Saya bunyikan hon berulang kali supaya lori berkenaan berhenti.
"Bila saya turun, rupanya objek yang saya mulanya sangka terjatuh itu adalah basikal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd Shukri berkata beliau kemudian mendekati mangsa serta memeriksa nadinya dan mendapati nadi wanita itu amat lemah sebelum menghubungi talian kecemasan.
"Ambulans tiba kira-kira 10 minit kemudian dan selepas menjalankan pemeriksaan, pegawai perubatan mengesahkan wanita berkenaan sudah meninggal dunia," katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya Superintenden S Vijaya Rao ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.
Beliau berkata mayat mangsa yang berusia 34 tahun itu telah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.
"Kita telah menahan pemandu lori dan lori tersebut untuk siasatan dan kes tersebut disiasat di bawah kesalahan trafik mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maut
#meninggal dunia
#polis
#wanita
#Putrajaya
#mayat
#mangsa
#siasatan
#kelab tasik putrajaya
#Lori
#dirempuh
#basikal
#talian kecemasan
#S Vijaya Rao
#hospital putrajaya
#bedah siasat
#kesalahan trafik
#saksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan