awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40,000 al-Quran dihantar ke Amerika Syarikat, Ivory Coast dan Ghana hari ini
Bank Islam lantik Raja Teh Maimunah sebagai CEO kumpulan
Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa perairan Pacitan, tujuh cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut dalam nahas antara bas ekspres dan treler di Ipoh

Bernama
Bernama
10/11/2014
07:12 MYT
Wanita maut dalam nahas antara bas ekspres dan treler di Ipoh
Bas membawa 28 orang penumpang itu hilang kawalan sebelum melanggar penghadang besi jalan lalu merempuh treler berkenaan yang membawa siling. - Foto Fail
Seorang wanita maut dalam nahas membabitkan sebuah bas ekspres dan sebuah treler di Kilometer 246.9 Lebuhraya Utara-Selatan, laluan ke selatan di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian pada pukul 2pagi itu, penumpang bas berkenaan Zaiton Mohd Shariff, 59, dari Rembau, Negeri Sembilan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh, DSP Wan Sharuddin Wan Omar berkata bas ekspres itu dalam perjalanan dari Kuala Perlis ke Putrajaya.
"Bas yang membawa 28 orang penumpang itu hilang kawalan sebelum melanggar penghadang besi jalan lalu merempuh treler berkenaan yang membawa siling," katanya.
Dua penumpang lain iaitu Mohd Sukairi Wan Mustapha, 39, patah kaki manakala Mohamad Taufiq Osman, 23, cedera di buku lali.
Pemandu bas berusia 40 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
#DSP Wan Sharudin Wan Omar
#Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh
#KM 246.9
#Lebuhraya Utara-Selatan
#wanita maut
#Zaiton Mohd Shariff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan