awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reman tiga lelaki warga asing terbabit sindiket dadah antarabangsa disambung
Keputusan kes 1MDB manifestasi keadilan, bukan kemenangan politik - ABIM
Krisis politik Perlis: Tiada arahan SD, Bersatu hanya serah nama setelah dititah istana - Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut dijerut dengan kabel pengecas telefon ketika disamun

Azee Shafy
Azee Shafy
05/07/2022
08:16 MYT
Wanita maut dijerut dengan kabel pengecas telefon ketika disamun
Suspek dipercayai telah masuk ke dalam rumah pada waktu awal pagi melalui pintu belakang rumah dan masuk ke bilik tidur mangsa. - Foto Astro AWANI
BERA: Seorang wanita berusia 52 tahun maut setelah dijerut dengan kabel pengecas telefon oleh seorang lelaki dalam satu kejadian samun, pada jam 6 pagi, Selasa.
Pemangku Ketua Polis Daerah, DSP Kumaran A/L Nyanyasagaran berkata, kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Felda Mengkuang, Triang dan mangsa, Siti Zuliana Said merupakan isteri kepada Ketua Peneroka Felda Mengkuang, di sini.
"Suspek telah melarikan diri menggunakan kenderaan milik suami mangsa, iaitu kereta Honda City berwarna Perak dengan nombor pendaftaran DAD9799.
"Kami percaya, suspek menghala ke arah Jempol, Negeri Sembilan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk tindakan susulan.
Kumaran berkata, mangsa yang berusia 52 tahun itu dipercayai dijerut dengan kabel pengecas telefon.
"Suspek dipercayai telah masuk ke dalam rumah pada waktu awal pagi melalui pintu belakang rumah dan masuk ke bilik tidur mangsa.
"Kami percaya, suspek menggunakan kabel pengecas telefon untuk menjerut leher mangsa. Suspek juga telah mencederakan suami mangsa yang berusia 60 tahun.
"Berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai telah melarikan wang tunai RM 6,000 dan kereta milik suami mangsa jenis Honda City (DAD 9799)," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
"Pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan diteruskan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#wanita maut dicekik
#Jempol Negeri Sembilan
#Siti Zulian Said
#Ketua Peneroka Felda Mengkuang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan