awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut digilis selepas motosikal bergesel tayar lori

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
05/09/2022
15:24 MYT
Wanita maut digilis selepas motosikal bergesel tayar lori
Seorang wanita maut digilis selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai bergesel dengan tayar sebuah lori. - Foto ihsan polis
HUTAN MELINTANG: Seorang wanita maut digilis selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai bergesel dengan tayar sebuah lori di Jalan Tepi Sungai, Simpang Empat, dekat sini, hari ini.
Mangsa yang berusia 39 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian kerana kecederaan parah di bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku pada 12.40 tengah hari.
Menurutnya, kejadian disyaki berlaku apabila lori dari sebuah kilang memproses ikan hendak membelok ke kanan ke arah Simpang Empat, Hutan Melintang.
“Sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa telah berada rapat di bahagian tayar sebelah kanan hadapan lori menyebabkan motosikal bergesel dengan lori dan terjatuh di bawah lori berkenaan dan digilis.
“Akibat kemalangan, penunggang motosikal telah tersepit di antara tayar belakang kanan lori dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya, kemalangan dipercayai berpunca apabila motosikal disyaki terlindung di dalam ‘blindspot’ (titik buta) lori, menyebabkannya bergesel sesama sendiri.
Katanya, laporan bedah siasat yang dijalankan malam ini mendapati punca kematian disebabkan kecederaan parah akibat kemalangan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#motosikal
#Lori
#simpang empat
#Hutan Melintang
#Polis Daerah Hilir Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan