awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut, dua cedera kereta jatuh gaung di Kuala Krai

Bernama
Bernama
15/03/2025
12:30 MYT
Wanita maut, dua cedera kereta jatuh gaung di Kuala Krai
Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan jatuh ke dalam gaung di Kilometer 81, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, berhampiran Bukit Ah Kim, hari ini. - Foto PDRM/via Sinar Harian
KOTA BHARU: Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan jatuh ke dalam gaung di Kilometer 81, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, berhampiran Bukit Ah Kim, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata dalam kejadian kira-kira 1.40 tengah hari itu, wanita berusia 72 tahun yang duduk di bahagian belakang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Beliau berkata pemandu kereta, lelaki berumur 21 tahun dan penumpang hadapan, wanita berusia 52 tahun mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut.
"Siasatan awal mendapati kenderaan jenis Perodua Myvi itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Pasir Mas sebelum dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung. Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati terutama dalam bulan Ramadan berikutan peningkatan jumlah kenderaan dan faktor keletihan yang boleh menyebabkan mengantuk ketika memandu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#kereta jatuh gaung
#Kuala Krai
#Jalan Kota Bharu-Gua Musang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan