Seorang wanita maut apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang suami terbabas lalu melanggar penghadang jalan di Kilometer 334.4 arah utara, Lebuhraya Utara Selatan, kira-kira jam 1.50 petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharudin Wan Ismail berkata mangsa, Zila @ Suzilawati Alang Ahmad, 45, meninggal dunia di tempat kejadian manakala suaminya, Muhamad Sidek, hanya mengalami kecederaan ringan di badan.
Menurut beliau, siasatan awal di tempat kejadian mendapati pasangan suami isteri itu yang beralamat di Manjoi, Ipoh, dipercayai sedang dalam perjalanan pulang dari Kuantan.
“Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai motosikal telah hilang kawalan dan melanggar penghadang besi kiri jalan,” katanya di sini.
Menurutnya, akibat kemalangan tersebut penunggang mengalami cedera ringan manakala pembonceng maut di tempat kejadian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Apr 28 2019

Seorang wanita maut apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang suami terbabas lalu melanggar penghadang jalan. -Astro AWANI

Penemuan puluhan bangkai kucing: Suspek seorang penyayang, pencinta haiwan - Jiran
Lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penemuan puluhan bangkai kucing di Cheras dilihat sebagai seorang individu penyayang dan pencinta haiwan peliharaan itu.

Bazar Jalan Pantai meriah seawal jam 2 petang
Bazar Jalan Pantai, Sandakan meriah seawal jam 2 petang dibanjiri pengunjung pelbagai kaum dan agama. Selain menjual pelbagai juadah, tahap kebersihan bazar ini sangat memuaskan.

4,486 fakir dalam senarai TBS
Lebih 4,000 penerima bantuan sara hidup yang dikategorikan sebagai fakir disenaraikan dalam sistem pengkalan data Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dan layak terima bantuan Aidilfitri.

Jaga kebajikan, KPWKM kaji kerjasama bersama KKM
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji penambahbaikan Akta Orang Papa 1997 termasuk aspek kerjasama dengan KKM.

Sasar 100 pain darah bantu kekurangan darah hospital Tawau
Kempen derma darah dianjurkan Gereja Saint Patrick Tawau bagi membantu Hospital Tawau dengan kekurangan darah sempena bulan Ramadan.

RM107.43 juta diperuntuk untuk bina kompleks OKU, warga tua
Kerajaan Sabah memperuntukkan lebih RM100 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am bagi memenuhi keperluan golongan OKU dan warga tua.

Pembangunan IKN Nusantara, MyAirline kaji destinasi baharu
MyAirline Sdn Bhd sedang kaji dan teroka destinasi baharu syarikat penerbangan tambang murah itu dari Kuching ke Pontianak bagi sambut pembangunan ibu negara Nusantara di Kalimantan Timur.

Industri pembuatan songkok masih releven
Industri pembuatan songkok di Kuching masih releven dan menjanjikan pulangan memberangsangkan. Pengusaha, Siti Mariam usahakan legasi ibu mertuanya sebagai sumber pendapatan sampingan.

Aplikasi jejak Asnaf TBS bantu salur bantuan lebih efektif
Guna aplikasi Jejak Asnaf Tabung Baitulmal Sarawak bagi bantu lebih ramai yang memerlukan. Aplikasi itu dapat meningkatkan produktiviti serta kecekapan penyaluran bantuan kepada golongan sasar.

AWANI Ringkas: Sultan Johor cadangkan tanah-tanah orang Asli di Johor dijadikan tanah kesultanan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tiga terselamat, kereta terjunam ke dalam tasik
Kereta dipandu telah hilang kawalan lalu terbabas dan terus masuk ke dalam tasik di sebelah kanan jalan.

Lelaki putus tangan kanan maut dalam kemalangan
Ooi Boon Ping, yang beralamat di Jalan Kilang Tebu Tongkang Yard, maut selepas mengalami kecederaan parah di badan selain putus tangan.

Pemuda maut, kereta hilang kawalan rempuh lori
Seorang pemuda maut selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 21 Jalan Renggam, Simpang Renggam pada Rabu.

Guru Besar maut, motosikal langgar Alza terbabas, berpusing
Seorang Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sahom maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta jenis Perodua Alza di Kampar.

Pemandu kereta maut bertembung lori pasir hilang kawalan
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya dirempuh lori pasir di Kilometer 29 Jalan Kuala Nerang, Padang Sanai-Sintok, pada Ahad.

Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok
Mangsa maut akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan kaki.

17 maut nahas jalan raya di Mesir
Lima belas ambulans dikerah ke tempat kejadian untuk membawa mangsa yang cedera ke Hospital Awam Sohag.

Lima kenderaan terlibat kemalangan di lebuh raya
Kemalangan pada jam 10.40 pagi itu dipercayai berlaku ketika sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berumur 28 tahun dari arah Seremban menuju ke selatan dipercayai hilang kawalan.

Pelajar Tingkatan Empat tunggang motosikal ibu maut kemalangan
Seorang pelajar Tingkatan Empat maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan di Persiaran Jubli Perak pada Jumaat.

Enam cedera, kereta dipandu warga emas rempuh kedai tomyam
Enam pelanggan sebuah restoran termasuk dua kanak-kanak cedera selepas sebuah kenderaan hilang kawalan dan merempuh masuk premis makanan berkenaan.