MALAYSIA
Wanita New Zealand cedera terjatuh air terjun

Seramai lapan anggota beserta sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian. - JBPM Selangor
RAWANG: Seorang wanita warga New Zealand cedera selepas dipercayai terjatuh dari ketinggian enam meter di air terjun Rimba Kanching di sini, pagi Sabtu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.52 pagi.
Menurutnya, seramai lapan anggota beserta sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi kira-kira 18 minit kemudian.
"Jentera dan pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikerahkan ke lokasi kejadian mendapati kejadian membabitkan seorang mangsa wanita New Zealand berusia 52 tahun.“Mangsa dipercayai terjatuh air terjun setinggi enam meter dan akibatnya cedera di bahagian kaki kiri tangan kiri dan tulang belakang.
“Namun mangsa berada dalam keadaan sedar,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Ahmad Mukhlis memberitahu, mangsa dibawa keluar pada pukul 2.15 petang dan dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami