Foto seorang wanita yang dipercayai melanggar tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, tular di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen.
Foto wanita tersebut yang sedang makan di sebuah kafe di Bandar Meru Jaya di Ipoh, Perak jelas menunjukkan gelang tangan (wristband) berwarna merah jambu di tangan kanannya yang menandakan beliau di bawah kuarantin COVID-19.
Susulan penularan rakaman itu, pemilik kafe berkenaan tampil membuat kenyataan di laman Facebook bagi menepis tohmahan bahawa premis tersebut gagal melakukan tapisan ke atas pelanggan.
"Jangan kata kami pihak peniaga tak ambil tindakan. Kami tak ada hak selak lengan baju orang ye! Kami ikut Prosedur Operasi Standard (SOP), ambil suhu ikut yang disarankan. Masa viral ni tentu semua peniaga terkejut," tulisnya di laman Facebook.
Pemilik kafe yang menggunakan nama Facebook Nurul Chu Hada Karim berkata perbuatan wanita itu melanggar peraturan Kementerian Kesihatan (KKM) turut menyebabkan orang di sekitar kawasan itu menjadi panik sekali gus menjejaskan peniaga lain di Meru Raya.
"Kak Nurul sendiri awal pagi dah kol (hubungi) Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Dah bercakap sendiri isu ini. Kak Nurul disarankan bertenang. Katanya dua orang yang positif dah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Bukan yang viral (wanita tular).
"Hanaz Cafe bebas dari COVID ye. Kami tiada arahan penutupan kerana pegawai sendiri sahkan Makcik gelang pink negatif daripada COVID-19. Makcik dicari bagi tujuan tindakan undang undang kerana melanggar arahan KKM," katanya dengan menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan wanita itu tampil untuk memberi maklumat.
Sementara itu, di laman Twitter Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood turut terkilan dengan tindakan wanita tular itu yang dianggapnya boleh menyumbang kepada gelombang COVID-19 sekali lagi.
"It's people like her that increase our nation's risk to second wave. Shame on you Ms (Cik) and shame on your friends or family and cafe who allowed her in and didn't report when she's supposed to be under quarantine. Stricter measures needed. COVID-19 is still out there," tulisnya.
(Orang macam wanita inilah yang meningkatkan risiko negara kita menghadapi gelombang kedua. Malulah sikit cik, dan juga kawan-kawan atau keluarga cik serta kafe yang membenarkan dia masuk dan tidak laporkan dia sedangkan dia sepatutnya di bawah kuarantin. Langkah lebih ketat diperlukan. COVID-19 masih belum berakhir)
Kebanyakan netizen turut meninggalkan komen antaranya: @HardymanMohamad: "Why is she so selfish?(Mengapa dia mementingkan diri sendiri?) @begratefulmate: Ini namanya tiada rasa tanggungjawab dan anggap pandemik ini remeh.
@MissFrulein: Rakyat yang tidak bertanggungjawab.
BACA: Jabatan Kesihatan Perak siasat kes individu langgar arahan kuarantin
BACA: Lelaki tanggalkan gelang tangan pengesanan COVID-19 berdepan tindakan undang-undang
BACA: Pengembara berdepan tindakan jika tanggal gelang tangan kuarantin
Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah ambil maklum perkara berkenaan dan sedang menjalankan siasatan untuk mencari wanita yang tular itu.
Dalam kenyataan semalam, Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Ding Lay Ming berkata jika didapati berasas, tindakan sewajarnya termasuk tindakan perundangan akan diambil terhadap wanita itu.
Individu yang menjalani kuarantin wajib memakai wristband bagi memudahkan pemantauan ke atas mereka agar kekal berada di dalam rumah sepanjang tempoh yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 20 2020

Pada Isnin, tular di media sosial seorang wanita yang dipercayai memakai gelang COVID-19 sedang makan minum di sebuah kafe di Ipoh. - Foto media sosial

Kedah negeri terbaharu dilanda banjir
Kedah menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di mukim Karangan dekat Kulim, pada petang Isnin.

Anwar ucap takziah kepada mangsa tragedi gempa bumi di Turkiye
Anwar menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta semua negara yang terjejas akibat gempa bumi maut yang melanda wilayah Kahramanmaras di selatan Turkiye pada Isnin.

Gempa bumi: Asrama runtuh, pelajar Malaysia di Turkiye selamat
MASAT mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan pelajar Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi bermagnitud 7.8 yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin.

Gempa bumi Turkiye: Malaysia rakam ucapan takziah, simpati kepada Turkiye - Zambry
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga mereka serta kerajaan dan rakyat Turkiye susulan gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda negara itu pada Isnin.

Agenda AWANI: Kabinet Bayangan
Penubuhan ‘Kabinet Bayangan’ oleh Perikatan Nasional, apa lagi boleh pastikan suara pembangkang bukan sekadar semak dan imbang tetapi lebih bersifat suara ‘Kerajaan Alternatif’?

AWANI Ringkas: Turkiye, Syria dilanda gempa kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: KPT galak IPTS laksana program Menu Rahmah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Gempa bumi: Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada Turkiye, Syria
Baginda berdua turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terkorban dalam musibah itu sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

PH belum buat keputusan terima bekas ahli UMNO yang dipecat
Pakatan Harapan belum lagi membuat sebarang keputusan sama ada untuk menerima beberapa bekas Ahli UMNO yang telah menyuarakan hasrat untuk menyertai gabungan itu.

Andaian PH tidak dapat dukungan pengundi Melayu tidak benar - Anwar
Andaian kononnya Pakatan Harapan (PH) tidak mendapat dukungan pengundi Melayu iaitu hanya menerima 19 peratus undian kaum itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 November lepas adalah tidak benar.

KKM akui berlaku kesesakan di Jabatan Kecemasan
Kesesakan tersebut dipercayai kerana pesakit yang sepatutnya dimasukkan ke wad masih terperangkap di Jabatan Kecemasan.

KLCAH harap kerajaan bantu rakyat hadapi tekanan kos sara hidup
KLCAH meraikan ulang tahun ke-20 pada tahun ini dan telah berpindah ke pejabat baharu di Maju Link, Bandar Tasik Selatan.

ASEAN perlu jadi lebih kuat untuk capai tahap pelancongan berkualiti, mampan - Sandiaga Uno
Negara-negara anggota harus terus mempromosikan ketersambungan, serta memudahkan prosedur dan dasar dari segi visa.

Sultan Johor meriahkan sambutan Thaipusam
Perayaan Thaipusam edisi ini disambut meriah di Johor Bahru dengan ribuan penganut Hindu mula dilihat berhimpun dan membanjiri beberapa buah kuil di sekitar daerah itu, sejak 11 pagi Ahad.

Thaipusam: Meriah tetapi perlu hati-hati - Sivakumar
Beliau meminta agar kesemua yang hadir sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan ancaman pandemik itu masih wujud.

Hanya 1.9 peratus populasi Johor dapatkan suntikan dos penggalak kedua
Peratusan individu di Johor yang mendapatkan suntikan dos penggalak kedua dilihat masih rendah iaitu 1.9 peratus daripada keseluruhan populasi rakyat di negeri ini.

COVID-19: Myanmar lanjut sekatan hingga akhir Februari
Pelanjutan itu merangkumi semua sekatan COVID-19 yang tamat tempoh pada 31 Januari.

Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan meningkat 6.3 peratus - Dr Noor Hisham
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 6.3 peratus pada Minggu Epidemiologi keempat 2023.

Turkiye sasar 60 juta ketibaan pelancong asing tahun ini
Turkiye menyasarkan 60 juta ketibaan pelancong asing pada tahun 2023, kata Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Mehmet Nuri Ersoy pada Selasa.

Amerika akan tamatkan darurat kesihatan awam COVID-19 pada 11 Mei
Pentadbiran Presiden Joe Biden mengumumkan pada Isnin pihaknya merancang untuk menamatkan darurat kesihatan awam (PHE) COVID-19 pada 11 Mei.