awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita parah ditetak bekas suami

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
19/08/2015
03:30 MYT
Wanita parah ditetak bekas suami
Dipercayai suspek mengalami tekanan apabila hak penjagaan diberikan kepada bekas isterinya, Syafinar Gozali (gambar). - Astro AWANI
Seorang wanita cedera parah ditetak dengan parang oleh bekas suaminya selepas mangsa cuba memujuk lelaki itu yang dipercayai murung selepas mereka bercerai.
Ibu suspek, Sharipah Abdul Wahad berkata anaknya telah mengurung diri selama dua hari selepas terpaksa berpisah dengan cucunya (anak suspek) yang berusia setahun.
Beliau berkata, apabila hak penjagaan diberikan kepada bekas isteri, anaknya (suspek) mengalami tekanan.
"Puncanya tekanan, dia (suspek) sebelum ni asyik bergaduh dengan isteri dia. Dulu anak dia duduk sini.
"Sejak anaknya diambil dua bulan lalu, perasaan dia (suspek) selalu murung, suka duduk dalam bilik sorang-sorang," kata Sharipah ketika ditemui Astro AWANI di sini, pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam lima petang Selasa, mangsa Syafinar Gozali kritikal selepas cedera parah di tangan kanan.
Ia berlaku apabila suspek yang berusia 27 tahun itu bertindak mengambil parang di dapur lalu menetak mangsa berkali-kali.
Bagaimanapun, mangsa berjaya berlari keluar bagi mendapatkan pertolongan daripada ahli keluarga suspek.
Mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.
Susulan kejadian itu, polis berjaya menahan suspek lewat petang Selasa di rumahnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Topic Berkaitan
#bekas isteri
#bekas suami
#bercerai
#hak penjagaan
#Tetak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan