Golongan wanita perlu diberi peluang yang lebih besar dalam dunia perniagaan dan bidang profesional supaya boleh terus melangkah ke hadapan, kata Presiden Pertubuhan Wanita Dalam Perniagaan dan Pemikiran Kreatif Malaysia (Pewangi) Datin Nabilah Sanusi.
Nabilah berkata, Pewangi tidak berhasrat menjadi sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berjuang untuk kepentingan wanita tanpa sebab tetapi mereka kesal kerana sumbangan wanita seolah-olah tidak dihargai.
Katanya, Pewangi berhasrat membantu golongan wanita supaya dapat berdikari dan mampu berdiri sendiri serta menjadi lebih kreatif dalam kehidupan tanpa mengharapkan bantuan, dana dan geran.
"Kami mahu peluang-peluang besar yang baru supaya mereka boleh terus melangkah ke hadapan kerana golongan wanita mampu turut sama menjana ekonomi bukan sahaja untuk diri sendiri, untuk keluarga dan untuk negara tetapi dipandang sepi.
"Pewangi ingin membantu semua pihak ini supaya mereka tidak lagi menjadi tangan yang di bawah atau sentiasa mengharapkan bantuan.
"Kami mahu golongan wanita boleh berdikari dan mampu berdiri sendiri dengan menjadi lebih kreatif dalam kehidupan," katanya pada sidang media di sebuah hotel, di sini, hari ini.
Katanya, Pewangi mahu menjadi satu platform yang menjadi kumpulan sokongan kepada wanita di seluruh negara untuk berganding bahu membantu antara satu sama lain.
Selain membantu golongan wanita berjaya dalam perniagaan dan kerjaya profesional, Pewangi juga berusaha untuk meningkatkan penglibatan golongan wanita dalam menyumbang kepada usaha membantu kerajaan membasmi masalah sosial.
"Kami mahu mendidik golongan wanita agar turut sama membantu kerajaan dalam menangani dan membasmi masalah-masalah sosial yang melanda masyarakat mutakhir ini," katanya lagi.
Untuk tujuan itu, Pewangi akan menganjurkan majlis makan malam untuk mengutip dana bagi mengisi tabung kemanusiaan Syria Care dan golongan gelandangan di negara ini pada pada 27 Julai nanti.
"Sumbangan dari orang ramai ini akan kami berikan kepada mereka yang memerlukan dalam bentuk kewangan, buku sekolah, pakaian dan sebagainya," katanya.
Ditubuhkan sejak lima tahun yang lalu, Pewangi berusaha untuk menjadi pusat latihan dan hub pengetahuan untuk wanita dalam pemikiran kreatif dan perniagaan dan keusahawanan di Malaysia.
Pewangi kini semakin mengembangkan sayapnya ke luar negara dan berusaha untuk membantu usahawan tempatan untuk mendapatkan peluang di negara-negara lain.
Irwan Muhammad Zain
Sun Jun 24 2018
Datin Nabilah Sanusi berkata, Pewangi berhasrat membantu golongan wanita supaya dapat berdikari dan mampu berdiri sendiri serta menjadi lebih kreatif dalam kehidupan. - Gambar Astro AWANI
Kerajan tidak pinggirkan kaum India, laksana pelbagai inisiatif - PM Anwar
Kerajaan MADANI tidak pernah meminggirkan kaum India malah pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memperkasa komuniti berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Kenaikan gaji penjawat awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Rallies across Asia, M'sia to call for greater labour rights
Some 1,500 workers in Malaysia marched through Dataran Merdeka to demand greater workers' rights, while workers and activists across Asia took to the streets in their respective capitals to mark Labour Day.
Lihat TVET, AI dan digital sebagai ekonomi baharu negara – PM Anwar
Dalam memastikan ekonomi negara terus ke hadapan, masyarakat digesa untuk tidak lagi terperangkap dalam stigma lama, atau mudah terpengaruh dengan hasutan-hasutan pihak tertentu.
Kritiklah, tapi jangan singgung soal 3R - PM Anwar
"Nak kebebasan maki hamun Raja-raja, apa nak jadi dengan negara ini? Tetapi semua bercakap tentang pertahan Melayu, parti pun parti Melayu."
Elak persepsi pojok, lawan propaganda murahan - PM Anwar
PM Anwar tegaskan kefahaman yang menyeluruh penting bagi memberi kefahaman tentang naratif yang dibawa kerajaan Madani.
Hak Palestin: Saya cuba sebaiknya, apa yang mampu
PM Anwar akui terkesan dengan kemampuan terhad untuk perjuang hak Palestin, susulan sokongan
Tindakan Ramasamy ajak pengundi KKB tolak PH hanya bersifat dendam - Loke
Tindakan Ramasamy yang meminta pengundi terutama masyarakat India supaya tidak mengundi calon PH hanyalah bertujuan untuk membalas dendam kepada DAP dan PH.
Jambatan Bailey di Jalan Kuantan-Segamat dibuka semula hari ini
Jambatan Bailey di Seksyen 102 Jalan Kuantan-Segamat yang ditutup sebelum ini untuk kerja-kerja pembaikan dibuka semula bermula 4 petang tadi.
Pentadbiran AS 'tekad' capai gencatan senjata antara Israel, Hamas - Blinken
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Rabu berkata pentadbiran Amerika Syarikat (AS) "bertekad" untuk mencapai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas.
Ramadan: Program PKNS bersama gelandangan pupuk persaudaraan
Program itu bertujuan memupuk semangat persaudaraan dan kepedulian masyarakat.
TTG atasi isu gelandangan di Bintulu siap tahun depan
TTG Bintulu itu satu daripada pusat bagi membantu gelandangan yang diwujudkan di bandar-bandar utama di Sarawak.
Perit bergelandangan, komposer Ross Ariffin rindu lagu diputarkan
Komposer Ross Ariffin akui rindu untuk kembali ke zaman kegemilangan itu selepas hampir empat tahun hidup sebagai gelandangan.
Gelandangan terperangkap dalam longkang diselamatkan bomba
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa.
73 maut termasuk tujuh kanak-kanak dalam kebakaran bangunan tinggal di Johannesburg
Bangunan itu adalah bangunan yang telah ditinggalkan tetapi masih diduduki golongan gelandangan.
Sekurang-kurangnya 63 maut dalam kebakaran bangunan di Johannesburg
Mulaudzi berkata angka kematian mungkin meningkat kerana usaha mencari mangsa masih diteruskan.
Gelandangan ditemui mati dalam longkang
Hasil pemeriksaan fizikal pada tubuh mangsa, mendapati tiada sebarang kecederaan yang berunsur jenayah.
'Mahalnya' harga kemiskinan
Status isi rumah di Malaysia diukur menerusi pendapatan dan dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu B40, M40 dan T20.
Pulau Pinang tingkatkan pendayaupayaan golongan gelandangan
Pulau Pinang berhasrat meningkatkan pendayaupayaan golongan gelandangan melalui latihan kemahiran.
'Saya malas, boleh tidur di mana-mana saja'
Warga emas yang ingin dikenali sebagai Samad, 66, berasal dari Pasir Mas itu mengakui tidak minat untuk bekerja atau mendapatkan tempat tinggal.