awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita PUI COVID-19 diselamatkan bomba selepas terperangkap ketika cuba larikan diri

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
03/10/2021
02:34 MYT
Wanita PUI COVID-19 diselamatkan bomba selepas terperangkap ketika cuba larikan diri
Bagaimanapun, usaha menyelamatkan berjaya dilakukan pasukan Bomba dan Penyelamat Keningau sebaik sahaja menerima laporan pada pukul 6.19 pagi. - Foto ihsan JBPM Sabah.
KOTA KINABALU: Tindakan seorang wanita individu dalam pemantauan (PUI) COVID-19 yang dipercayai mahu melarikan diri gagal apabila dia terperangkap di Tingkat 1, Hospital Keningau, pada Ahad.
Bagaimanapun, usaha menyelamatkan berjaya dilakukan pasukan Bomba dan Penyelamat Keningau sebaik sahaja menerima laporan pada pukul 6.19 pagi.
Difahamkan wanita itu telah dimasukan ke wad Hospital Keningau sejak semalam.
Menurut Ketua BBP Keningau, Sharudy Delamin, sepasukan tujuh anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian bersama jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS).
“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati terperangkap di tingkat satu bahagian luar bangunan Hospital Keningau.
“Pasukan bomba yang lengkap memakai pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) kemudiannya menjalankan operasi menyelamat menggunakan tangga untuk membawa mangsa turun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Jelasnya, mangsa dibawa turun sebelum diserahkan kepada pihak hospital dan polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi terkawal pada jam 7.20 pagi sebelum ditamatkan 19 minit kemudian selepas tiada lagi insiden bahaya di lokasi kejadian.
Topic Berkaitan
#pesakit COVID-19
#Hospital Keningau
#Sharudy Delamin
#larikan diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan