KUANTAN: Seorang wanita mendakwa kerugian RM89,560 selepas terperdaya dengan tawaran pekerjaan secara dalam talian menerusi aplikasi WhatsApp, minggu lepas.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa yang berusia 34 tahun mendakwa menerima tawaran itu pada 4 Feb lepas, yang memerlukannya untuk mengikuti dan memberi tanda 'like' di akaun Instagram.
"Mangsa mendakwa ditawarkan komisyen RM5 bagi setiap akaun yang diikuti dan telah menerima keuntungan RM590 daripada suspek yang dimasukkan ke akaun peribadinya.
"Jumlah itu menyebabkan mangsa semakin tertarik sehingga dia mengeluarkan wang simpanan dan meminjam daripada ahli keluarga bagi mendapatkan lebih banyak tugasan," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Ramli berkata, secara keseluruhan, mangsa telah membuat 10 transaksi pemindahan wang ke tujuh akaun diberikan suspek sebelum menyedari dirinya ditipu kerana tidak lagi menerima pautan untuk meneruskan 'kerja' itu.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam.
Ramli menasihatkan orang awam untuk tidak mudah terpedaya dengan tawaran kerja menerusi media sosial dan membuat semakan terhadap latar belakang syarikat atau pihak yang menawarkan kerja itu supaya tidak menjadi mangsa penipuan. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023
Seorang wanita mendakwa kerugian RM89,560 selepas terperdaya dengan tawaran pekerjaan secara dalam talian menerusi aplikasi WhatsApp, minggu lepas.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Fahmi ingatkan penjawat awam, penerima STR tidak terpedaya penipuan dalam talian
"Saya pohon dari kalbu saya, tolong berhati-hati dan jangan jadi mangsa penipuan (scammer)."
Pesara guru kerugian hampir setengah juta diperdaya 'ejen kurier'
Seorang pesara guru kerugian RM480,000 selepas diperdaya individu menyamar sebagai ejen sebuah syarikat kurier yang mendakwa kononnya mangsa mempunyai bungkusan mengandungi bahan terlarang.
Pertingkat 'perisai' diri, elak jadi mangsa scammer - BNM
Orang ramai dinasihatkan meningkatkan 'perisai' diri bagi mengelakkan menjadi mangsa jenayah penipuan dalam talian atau 'scam' yang menjadi semakin berleluasa.
TH saran orang ramai berhati-hati dengan 'scammer' di Telegram
Terdapat pihak yang menyamar dan menggunakan logo TH serta menawarkan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan di platform itu.
Wanita rugi RM89,560 terperdaya tawaran kerja menerusi WhatsApp
Mangsa telah membuat 10 transaksi pemindahan wang ke tujuh akaun diberikan suspek sebelum menyedari dirinya ditipu.
Cucu menangis minta nenek tolong, dakwa dipaksa jadi scammer di Myanmar
Niat untuk mencari peluang kerja di Thailand, bagaimanapun dipercayai diperdaya oleh rakannya sehingga terkandas dan dipaksa menjadi scammer atas talian di Myanmar.