KUALA LUMPUR: Seorang wanita dari Sarawak hari ini gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi di sini bagi memulakan semakan kehakiman untuk meminta Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan membatalkan namanya daripada Daftar Mualaf.
Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali berkata ini kerana Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid membenarkan bantahan awal Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap permohonan yang difailkan wanita berusia 26 tahun itu.
"Mahkamah menolak permohonan pemohon (wanita berkenaan) atas alasan antaranya permohonan tersebut tidak tertakluk kepada semakan kehakiman berdasarkan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.
"Hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan tersebut. Permohonan pemohon ditolak dengan kos RM3,000," kata Mohammad Sallehudin ketika dihubungi selepas prosiding kes secara dalam talian hari ini.
Prosiding itu turut disertai peguam Iqbal Harith Liang, yang mewakili wanita berkenaan.
Wanita itu memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 20 April lepas dengan menamakan Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Pemohon yang dilahirkan pada 9 Julai 1997 dan ibu serta bapanya beragama Kristian, memohon pengisytiharan bahawa Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) memberikan bidang kuasa kepada responden pertama (Pendaftar Mualaf) untuk mengisytiharkan bahawa seseorang itu bukan lagi beragama Islam.
Wanita itu juga memohon responden pertama mempertimbangkan permohonan supaya namanya dibatalkan daripada Daftar Mualaf dan membuat keputusan serta-merta serta memohon pengisytiharan bahawa penolakan atau kelewatan responden pertama memutuskan permohonan pemohon dalam surat bertarikh 30 Jan, 20 Feb dan 17 Mac 2023 adalah tidak rasional dan tidak munasabah.
Dalam afidavit sokongannya, wanita itu berkata pada awal 2017, pemohon bertemu seorang lelaki Melayu beragama Islam yang mempelawanya untuk berkahwin dan bagi membolehkan perkahwinan mereka dari sudut pentadbiran, beliau memeluk agama Islam pada 18 Ogos 2017 dan didaftarkan sebagai mualaf oleh responden pertama.
Bagaimanapun, pada 27 Jan tahun lepas, pemohon telah berikrar dalam afidavit bahawa beliau mahu keluar daripada agama Islam dan kembali menganut Kristian.
Pada 30 Jan, 20 Feb dan 17 Mac 2023, pemohon melalui peguamnya telah mengeluarkan surat kepada responden pertama untuk memohon namanya dibatalkan daripada Daftar Mualaf dan pada tarikh pemfailan permohonan itu, responden pertama belum memberikan sebarang keputusan berhubung permohonannya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023

Mahkamah menolak permohonan pemohon (wanita berkenaan) atas alasan antaranya permohonan tersebut tidak tertakluk kepada semakan kehakiman berdasarkan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan. - Gambar hiasan

Pesawat latihan terhempas, dua juruterbang tentera India terbunuh
Pesawat Pilatus PC-7 Mk II terhempas semasa penerbangan latihan rutin dari Akademi Tentera Udara dekat bandar raya Hyderabad.

'Nampaknya formula anda berkesan' - TMJ
Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil kembali menimbulkan tanda tanya menjelang final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC, Jumaat ini.

Tok Mat akui UMNO masih jauh raih kembali kepercayaan orang Melayu
Mohamad berkata, walaupun parti tersebut menonjolkan seorang pahlawan bangsa dengan rekod perkhidmatan yang sangat cemerlang namun mereka tetap tewas.

Iran, Arab Saudi ambil pendekatan pertama tingkatkan hubungan pertahanan
Selepas sembilan bulan Iran dan Arab Saudi memulihkan hubungan diplomatik, pegawai kanan pertahanan kedua-dua negara mula membincangkan cara untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan.
Pas intai jawatan ketua pembangkang, Bersatu patut risau - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata beberapa keputusan telah dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan perkara berkenaan akan diumumkan oleh Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN).
AWANI Ringkas: Pembedahan prostat bukan kanser prostat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bantuan rumah sewa mangsa banjir termenung akan diselesaikan - MB Kelantan
Kerajaan negeri akan menyelesaikan pemberian subsidi rumah sewa kepada 58 keluarga mangsa banjir termenung yang terkesan akibat Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.
Mangsa banjir terjejas di Kelantan terus meningkat
Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 11 pagi Isnin mencatatkan peningkatan kepada 4,641 mangsa.
[TERKINI] Lebih 100 kes penyakit berjangkit direkod di PPS di Kelantan
102 kes penyakit berjangkit dikesan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Bachok, Pasir Mas, Tanah Merah dan Kota Bharu sehingga Ahad.
Ahmad Zahid nafi letak jawatan, hidap kanser
Saya sendiri pun tak tahu akan melakukan perkara tersebut (meletakkan jawatan).Semua orang lelaki ada prostat ada sama ada besar atau kecil. Tapi janganlah buat spekulasi yang macam-macam.
Alhamdulillah saya sihat atas doa semua termasuk orang yang mendoakan saya melakukan perkara yang tidak pernah fikirkan.
Alhamdulillah saya sihat atas doa semua termasuk orang yang mendoakan saya melakukan perkara yang tidak pernah fikirkan.

Wanita Sarawak gagal dapat kebenaran mahkamah batal nama sebagai mualaf
Seorang wanita dari Sarawak gagal dapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi bagi memulakan semakan kehakiman untuk membatalkan namanya daripada Daftar Mualaf.