MALAYSIA
Wanita tunjuk sijil nikah palsu dengan kerabat diraja diperintah jalani rawatan psikiatri

Persana Avril didakwa membuat dan memulakan penghantaran gambar dalam satu video palsu di aplikasi TikTok, memaparkan sijil pernikahan palsu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang tukang urut wanita diperintahkan supaya menjalani pemeriksaan psikiatri selama sebulan di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan, Perak selepas didakwa memuat naik hantaran video dan gambar sijil pernikahan palsu kononnya membabitkan beliau dengan seorang kerabat diraja, Februari lepas.
Ringkasan AI
- Seorang tukang urut wanita, Persana Avril Sollunda, diperintahkan menjalani pemeriksaan psikiatri selama sebulan di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan selepas didakwa memuat naik video dan gambar sijil pernikahan palsu melibatkan seorang kerabat diraja.
- Tertuduh didakwa membuat hantaran palsu di TikTok melalui akaun "king.charles.ratu" pada 25 Februari, dan kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun.
- Mahkamah menetapkan 19 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes, dengan pemeriksaan kesihatan mental dilakukan terlebih dahulu sebelum prosiding diteruskan.
"Mahkamah membenarkan tertuduh mendapatkan rawatan dan laporan penuh berkaitan kesihatan mentalnya selama sebulan bermula hari ini," kata Norma yang turut menetapkan 19 Ogos ini untuk sebutan kes.
Persana Avril didakwa membuat dan memulakan penghantaran gambar dalam satu video palsu di aplikasi TikTok melalui akaun "king.charles.ratu" yang memaparkan sijil pernikahan palsu antara seorang kerabat diraja dan Crown Princess Ratu Shana dengan niat menyakiti hati orang lain pada 25 Feb.
Hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ di sini pada 10 pagi 26 Feb.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan dan boleh didenda selanjutnya RM5,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami