awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita UMNO siasat insiden jentera parti disekat berkempen

Bernama
Bernama
28/10/2013
23:15 MYT
Wanita UMNO siasat insiden jentera parti disekat berkempen
Wanita Umno sedang menyiasat insiden jentera pilihan rayanya dihalang daripada berkempen di dua kawasan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau baru-baru ini.
Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata anggota pergerakan dari Terengganu dan Selangor telah dihalang berkempen di Kampung Bukit Choras dan Kampung Permatang Tepi Laut pada 11.30 pagi 25 Okt lepas.
"Saya difahamkan ugutan itu bukan daripada pengundi tetapi jentera (pilihan raya) pembangkang.
"Pengundi terima kita (Wanita UMNO) dengan baik. Mereka ingin tahu usaha dan rancangan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana mereka inginkan pembangunan," katanya kepada pemberita selepas Program Salam Sayang di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Dedap, di sini Isnin.
Bagaimanapun, Shahrizat berkata kempen jentera pilihan raya Wanita Umno berjalan lancar di semua PDM dan maklum balas yang diterima amat baik khususnya di kawasan 'hitam' hasil program yang dijalankan sejak Khamis lepas.
Mengenai lebih 1,000 orang yang tidak mengundi semasa pilihan raya umum ke-13, Shahrizat berkata Wanita Umno telah mengenal pasti kumpulan itu dan akan menghantar jentera parti untuk berjumpa dan mengetahui masalah mereka.
Sementara itu, Penolong Setiausaha Wanita Umno Datuk Rosni Soha berkata Wanita UMNO Selangor dan Terengganu membuat aduan semalam mereka dihalang memasuki kawasan Kampung Bukit Choras dan Kampung Permatang Tepi Laut.
"Mereka mengadu dilarang memasuki kawasan berkenaan sehingga terpaksa meminta pasukan keselamatan mengiringi mereka apabila didatangi petugas parti pembangkang yang menghalau mereka.
"Tetapi mereka tetap bertahan dan saya rasa kita sesama Islam kenalah menghormati sesama sendiri dan harap jangan sampai ke tahap yang tidak dapat diterima. Setakat ini mereka (Wanita UMNO) masih dapat bertahan," katanya.
Topic Berkaitan
#berkempen
#DIhalang
#jentera
#PRK
#Siasat
#Sungai Limau
#Wanita UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan