Wanita Umno tidak pernah menyekat peluang anggota Pergerakan Puteri Umno untuk bertanding sebarang jawatan dalam pergerakan itu pada pemilihan Oktober depan.
Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata sebaliknya, pihaknya mengalu-alukan bekas anggota Puteri yang ingin bertanding sebarang jawatan dalam sayap Wanita dengan tangan terbuka.
Beliau berkata dakwaan yang mengatakan anggota Puteri tidak mempunyai masa depan cerah dalam pergerakan Wanita tidak benar kerana ramai anggota Wanita dari kalangan anggota Puteri.
"Datuk Habibah Mohd Yusuf yang kini menjadi Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Tanjong Karang, dulu dia adalah bekas Exco Puteri. Saya sendiri lantik Noraslina Zainal Abidin yang merupakan bekas Ketua Puteri Johor menjadi Bendahari Wanita Umno. Ini adalah antara jawatan yang tertinggi dalam Wanita Umno.
"Wanita Umno boleh diibaratkan sebagai ibu kepada anak-anak (Puteri Umno) dan saya sebagai ibu, kita mahu buat dengan elok, silaturahim sentiasa berkekalan, saya pun seronok dengan ahli Puteri untuk berjuang bersama," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Wanita Umno Kedah di Seri Mentaloon di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Ketua Wanita Umno Kedah Datuk Maznah Abdul Hamid.
Sementara itu, Rosnah yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Exco Wanita pada pemilihan Oktober ini berkata kepimpinan wanita tidak pernah menolak mana-mana kepimpinan Puteri yang menawarkan diri untuk berkhidmat dalam Wanita Umno kerana ia adalah landasan yang baik untuk mendewasakan diri.
"Kita lihat ia adalah platfom yang baik untuk menjadikan diri kita lebih matang dalam politik. Sebagai pemimpin saya tolak segala tanggapan negatif yang mengaitkan Wanita dan Puteri Umno," katanya.
Bernama
Fri Sep 06 2013
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Wanita Umno tidak halang anggota Puteri bertanding jawatan dalam Wanita - Shahrizat
Wanita Umno tidak pernah menyekat peluang anggota Pergerakan Puteri Umno untuk bertanding sebarang jawatan dalam pergerakan itu pada pemilihan Oktober depan.