awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shila Amzah teruja bakal adakan konsert di Dewan Filharmonik PETRONAS
Isu FAM: Penyokong diharap tidak luntur semangat - Mohammed Taufiq
Rakyat Costa Rica mengundi pilih presiden baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dera: Kanak-kanak 2 tahun meninggal dunia, ibu bapa angkat direman tujuh hari

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/07/2025
05:15 MYT
Dera: Kanak-kanak 2 tahun meninggal dunia, ibu bapa angkat direman tujuh hari
Sepasang suami isteri direman tujuh hari bermula Sabtu selepas disyaki mendera anak angkat perempuan mereka yang berusia dua tahun sehingga menyebabkan mangsa mati dalam satu kejadian di Paya Jaras, Sungai Buloh. - Foto Izwan Noordin
SHAH ALAM: Sepasang suami isteri direman tujuh hari bermula Sabtu selepas disyaki mendera anak angkat perempuan mereka yang berusia dua tahun sehingga menyebabkan mangsa mati dalam satu kejadian di Paya Jaras, Sungai Buloh, dekat sini.

Ringkasan AI
  • Sepasang suami isteri direman tujuh hari hingga 11 Julai 2025 kerana disyaki mendera anak angkat perempuan berusia dua tahun sehingga meninggal dunia di Paya Jaras, Sungai Buloh.
  • Mangsa disahkan meninggal dunia selepas tiba di hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri, dengan kesan lebam, luka dan tompokan darah di badan, mulut dan hidung.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Perintah reman hingga 11 Julai itu dikeluarkan Majistret Siti Fatimah Yahya di Mahkamah Majistret Shah Alam bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Permohonan reman dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
[TERKINI] Ibu bapa angkat kanak-kanak meninggal dunia, direman 7 hari
Sebelum ini, polis mendapat laporan daripada seorang pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh jam 12.25 tengah malam yang memaklumkan pihaknya menerima kanak-kanak itu dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 10.45 malam Khamis.
Doktor yang merawat mangsa bersama pengadu cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR), namun tiada tindak balas dan mangsa disahkan meninggal dunia.
Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam, bengkak, dan luka di seluruh badan mangsa, selain tompokan darah yang telah kering di bahagian mulut dan hidungnya.
Susulan itu, polis menahan pasangan suami isteri berkenaan yang masing-masing berusia 27 dan 28 tahun di sekitar kawasan Sungai Buloh kira-kira jam 11 pagi Jumaat.
Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera kanak-kanak yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Topic Berkaitan
#suami isteri direman tujuh hari
#dera anak angkat perempuan
#Paya Jaras Sungai Buloh
#Akta Kanak-Kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan