KUALA LUMPUR: Wanita warga asing ditahan selepas cuba meragut rantai leher milik seorang wanita warga emas dalam kejadian berhampiran kuil Batu Caves di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku kira-kira 5 petang, ketika mangsa berusia 64 tahun sedang berjalan kaki bersama dua cucunya berusia 17 dan 15 tahun, di tepi jalan berhampiran kuil terbabit.
"Mangsa kemudiannya ditolak oleh suspek yang cuba menarik rantai leher warga emas itu. Ketika kejadian berlaku, terdapat saksi awam yang melihat dan menjerit menyebabkan suspek melepaskan rantai ditarik sehingga putus dan jatuh di atas jalan.
"Suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan dengan bantuan orang awam sebelum diserahkan kepada polis," katanya dalam kenyataan hari ini.
Noor Ariffin berkata, permohonan tahanan reman terhadap suspek berusia 45 tahun itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Selayang hari ini, untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.
"Kita menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan berwaspada dalam menjaga keselamatan harta masing-masing semasa mengunjungi serta merayakan Thaipusam di Kuil Batu Caves," katanya.
Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Insp Yap Chin Chua di talian 019-9969469 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222. - BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2024

Wanita warga asing ditahan selepas cuba meragut rantai leher milik seorang wanita warga emas dalam kejadian berhampiran kuil Batu Caves, petang semalam. - Gambar Astro AWANI
Consider This: Feeding a Nation: Rethinking Food Security
Food security often makes headlines during price hikes or crises—but the real work of ensuring a secure food system happens long before supermarket shelves run low. What will it take to secure Malaysia’s food future — and are we thinking about food security in the right way? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Sarena Che Omar, CEO of PNB Research Institute, a policy research think tank funded by Permodalan Nasional Berhad.

Ringgit teruskan aliran meningkat, ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh 6 bulan
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.3245/3300 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3615/3665 pada Isnin.

PM Anwar ucap tahniah kepada Mark Carney atas kemenangan Pilihan Raya Kanada
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Kanada Mark Carney atas kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Persekutuan Kanada.
AWANI Tonight: Beijing will not engage in market dumping, says China’s ambassador
China will not dump its goods in other countries despite trade tensions with the U.S., writes Beijing's Ambassador to India, Xu Feihong, addressing concerns about an influx of cheap Chinese products.
AWANI Tonight: U.S. agrees to commence formal trade talks - Zafrul
The US has agreed to start formal negotiations with Malaysia on the 24% tariff rate for Malaysian imports, focusing on reducing the tariff, addressing non-tariff barriers, and trade imbalance, says Investment, Trade and Industry Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Mustakim Mohamad dilantik Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH
Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan Lembaga Tabung Haji (TH) Mustakim Mohamad dilantik Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH yang baharu menggantikan Datuk Syed Hamadah Syed Othman.
22 maut dalam kebakaran sebuah restoran di China
Kebakaran di sebuah restoran di Bandar Liaoyang, China menyebabkan sekurang-kurangnya 22 maut.
Agenda AWANI: Menjelang sidang khas Parlimen | Bincang tariff AS
Apa persiapan dan strategi Malaysia dalam mendepani tarif timbal balas Amerika Syarikat yang perlu dibincang segera dalam sidang khas Parlimen pada 5 Mei ini? Diskusi 9 malam

Malaysia ungguli penilaian Open Data Inventory 2024/25
Mohd Uzir berkata kejayaan yang membanggakan itu membuktikan keupayaan negara dalam memperkukuh sistem statistik rasmi dan bersaing di peringkat global.
#AWANIRingkas 29 April 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 29 April 2025
1️⃣ Analisis klip video ADUN Sabah siap minggu depan
2️⃣ Parti ambil peduli aduan yang dikemukakan - PM Anwar
3️⃣ Purata perbelanjaan pelancong Malaysia meningkat
#awaniringkas
1️⃣ Analisis klip video ADUN Sabah siap minggu depan
2️⃣ Parti ambil peduli aduan yang dikemukakan - PM Anwar
3️⃣ Purata perbelanjaan pelancong Malaysia meningkat
#awaniringkas

Wanita warga asing ditahan cuba ragut rantai leher pengunjung kuil Batu Caves
Wanita warga asing ditahan selepas cuba meragut rantai leher milik seorang wanita warga emas dalam kejadian berhampiran kuil Batu Caves, petang semalam.