Skip to main content

Malaysia

Wanita warga Australia terjatuh di Gunung Santubong, operasi menyelamat diteruskan

Santubong National Park is a great place for a day visit. Santubong is located on the Damai Peninsula, 35km north of Kuching. Seen from sea level, it’s irregular rainforest-covered peaks rise steeply to 810m, forming a catchment for a variety of wildlife._sarawak.gov
Gunung Santubong. - Foto sarawak.gov

KUCHING: Seorang wanita warga Australia dilaporkan terjatuh semasa mendaki Gunung Santubong di sini petang semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan mangsa dikenali sebagai Belinda Lapier telah terjatuh semasa dalam perjalanan turun dari puncak gunung tersebut.

Advertisement

Menurut JBPM Sarawak, pihaknya telah menerima panggilan mengenai kejadian pada 8.20 malam dan tiba di lokasi pada 9.43 malam sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan.

“Pasukan Bomba dan renjer telah bergerak ke lokasi terakhir mangsa dapat dihubungi. Terdapat halangan di laluan menuju ke lokasi mangsa terjatuh tetapi pihak bomba masih dapat berkomunikasi dengan mangsa.

“Mangsa memaklumkan bahawa dia berada dalam keadaan selamat namun mengalami kesukaran keluar dari lokasi tersebut,” menurut JBPM Sarawak dalam kenyataan pagi ini.

JBPM Sarawak memaklumkan usaha menuju ke lokasi mangsa masih sukar kerana terdapat banyak halangan seperti batu, pokok besar dan keadaan gelap.

“Operasi SAR ditangguhkan pada 3:30 pagi tadi dan disambung semula pagi ini,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video