awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
KHOM bakal laksana misi bantuan musim sejuk di Syria dan Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita warga emas cedera dirempuh MPV dalam restoran makanan segera

Bernama
Bernama
08/05/2025
15:51 MYT
Wanita warga emas cedera dirempuh MPV dalam restoran makanan segera
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.10 malam itu, mangsa yang berusia lingkungan 70-an dilaporkan tersepit di bawah kenderaan berkenaan, sebelum diselamatkan orang awam yang berada di lokasi. - Foto ihsan JBPM Perak
IPOH: Seorang wanita warga emas cedera selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas lalu merempuh sebuah restoran makanan segera di Sitiawan, kira-kira 76 kilometer (km) dari sini, malam ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.10 malam itu, mangsa yang berusia lingkungan 70-an dilaporkan tersepit di bawah kenderaan berkenaan, sebelum diselamatkan orang awam yang berada di lokasi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata sepasukan anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.
"Ketua Operasi melakukan penilaian awal (size-up) sebelum mengarahkan anggota membantu pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) memberi rawatan awal kepada mangsa.
"Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.
Operasi terkawal sepenuhnya pada jam 9.30 malam dan tamat pada jam 9.49 malam.
Terdahulu, video insiden berkenaan tular di media sosial yang memaparkan sebuah MPV putih terbabas dan merempuh masuk ke dalam restoran terbabit.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MPV rempuh
#warga emas
#cedera tersepit
#restoran makanan segera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan