awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita warga emas maut kemalangan dengan lori ayam

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
02/12/2017
21:12 MYT
Wanita warga emas maut kemalangan dengan lori ayam
Mangsa meninggal di tempat kejadian dan pemandu serta empat penumpang telah dihantar ke Hospital Gerik untuk mendapatkan rawatan . - Foto Bomba Gerik Perak
Seorang wanita warga emas maut dalam sebuah kemalangan yang membabitkan lapan individu di Kilometer 21, Jalan Raya Timur Barat, Gerik-Jeli pada petang Sabtu.
Dalam kejadian sekitar 2 petang itu, mangsa, Che Zainab Salleh, 69, yang merupakan penumpang hadapan sebuah Perodua Alza maut apabila kenderaannya berlanggar dengan sebuah lori muatan ayam.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superitendan Ismail Che Isa berkata kejadian berkenaan turut menyebabkan seorang kanak-kanak berusia enam tahun cedera parah dan patah kaki kiri berikutan perlanggaran berkenaan.
"Siasatan awal mendapati Perodua Alza yang membawa enam penumpang termasuk mangsa sedang dari arah Gerik ke Jeli sebelum hilang kawalan dan berpusing ketika melalui selekoh dan terbabas memasuki laluan bertentangan.
"Pada masa sama, kenderaan lori tiga tan yang membawa muatan ayam sedang dalam perjalanan ke Gerik dan oleh kerana jarak dekat, pemandu lori telah cuba mengelak ke bahu jalan sebelah kiri namun tetap dilanggar oleh Perodua Alza berkenaan.
"Berikutan insiden ini, mangsa meninggal di tempat kejadian dan pemandu serta empat penumpang telah dihantar ke Hospital Gerik untuk mendapatkan rawatan," katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.
Menurut Ismail, kedua pemandu dan penumpang lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Jelasnya, siasatan di lokasi mendapati cuaca adalah selepas hujan dan jalan yang basah.
"Mangsa yang meninggal dunia merupakan emak kepada pemandu yang merupakan seorang guru di Ipoh.
"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1)Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Che Zainab Salleh
#kemalangan
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan