awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendidikan pelarian Palestin semakin terancam - UNWRA
PRN Melaka, Johor: Amanah tuntut agihan kerusi seimbang daripada BN
LRT Laluan Mutiara perkasa kontraktor Bumiputera, kontrak RM1.14 bilion dianugerah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita warga emas rugi lebih RM150,000 ditipu sindiket 'phone scam'

Bernama
Bernama
15/10/2025
12:37 MYT
Wanita warga emas rugi lebih RM150,000 ditipu sindiket 'phone scam'
Mangsa dihubungi seorang individu memperkenalkan diri sebagai wakil syarikat penghantar barang.
KOTA TINGGI: Seorang wanita warga emas kerugian sebanyak RM152,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan panggilan telefon atau phone scam, Julai lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata, mangsa yang berusia 61 tahun dihubungi seorang individu memperkenalkan diri sebagai wakil syarikat penghantar barang dengan memaklumkan terdapat bungkusan atas nama mangsa yang mengandungi barangan menyalahi undang-undang.
"Panggilan terbabit kemudian disambungkan kepada seorang lagi individu yang mendakwa sebagai pegawai polis dan memaklumkan mangsa terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata suspek mengarahkan mangsa membuat pembayaran sebagai sebahagian daripada siasatan dan mangsa telah melakukan 10 transaksi wang ke tiga akaun berbeza berjumlah RM152,000 antara 7 hingga 10 Julai.
"Mangsa dijanjikan pemulangan wangnya selepas siasatan dan perbicaraan selesai, namun dia menyedari ditipu apabila suspek tidak memulangkan wang berhubung penyelesaian tuduhan pengubahan wang haram yang dikenakan ke atasnya meskipun telah membuat pembayaran," katanya.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihatkan agar lebih berwaspada dan tidak mudah percaya dengan penyampaian maklumat palsu serta mengelirukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#mangsa penipuan
#scam
#phone scam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan