Pendidikan pelarian Palestin semakin terancam - UNWRA

Lebih 600,000 kanak-kanak di Semenanjung Gaza telah dinafikan pendidikan formal selama lebih dua tahun. - Foto AP
NEW YORK: Ketua Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) Philippe Lazzarini berkata pendidikan untuk pelarian Palestin semakin terancam sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Dalam satu hantaran di platform X pada Sabtu, Lazzarini berkata lebih 600,000 kanak-kanak di Semenanjung Gaza telah dinafikan pendidikan formal selama lebih dua tahun.
Beliau berkata kanak-kanak ini sedang mengharungi trauma yang mendalam di tengah-tengah runtuhan bangunan, dan usaha mengembalikan mereka ke persekitaran pembelajaran yang selamat merupakan keutamaan utama UNRWA.
Beliau menambah bahawa pada masa ini, seramai 65,000 kanak-kanak berada di ruang pembelajaran sementara UNRWA di Gaza manakala hampir 300,000 kanak-kanak lain menerima pelajaran asas membaca, menulis dan mengira melalui platform digital.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


