awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berangkat ke Rusia untuk lawatan khas
[KOLUMNIS] Sudan: Setiap misi kemanusiaan cabaran tidak sama
Lonjakan pelancong Muslim dorong Jepun tambah kemudahan ruang solat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka, Johor: Amanah tuntut agihan kerusi seimbang daripada BN

Sinar Harian
Sinar Harian
25/01/2026
05:00 MYT
PRN Melaka, Johor: Amanah tuntut agihan kerusi seimbang daripada BN
Khalid berkata, landskap politik semasa di Melaka dan Johor menyaksikan kebanyakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dikuasai oleh wakil BN susulan perkembangan politik sebelum ini. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Parti Amanah Negara (Amanah) menuntut agar rundingan pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor dilakukan secara seimbang dan adil antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), selaras dengan semangat Kerajaan Perpaduan.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, landskap politik semasa di Melaka dan Johor menyaksikan kebanyakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dikuasai oleh wakil BN susulan perkembangan politik sebelum ini.
“Jika PRN Melaka dan Johor diadakan, sebagai usaha bersama dalam Kerajaan Perpaduan, rundingan kerusi mesti dilaksanakan dengan adil dan saksama untuk semua parti,” katanya dalam sidang akhbar pada Ahad.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Amanat Tahun Baharu Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Ibu Pejabat KADA di sini.
Khalid menegaskan bahawa pendekatan ‘incumbent’ atau keutamaan kepada penyandang tidak lagi wajar diguna pakai kerana ia boleh menjejaskan keadilan kepada parti lain, khususnya dalam kalangan komponen PH.
“Kalau kita terus guna dasar incumbent, ia jelas tidak adil. Kami berharap UMNO dan BN bersikap terbuka untuk menyerahkan sebahagian kerusi yang disandang kepada rakan dalam kerajaan,” katanya.
Menurut Khalid, sekiranya rundingan gagal mencapai persetujuan, Amanah tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan sama ada untuk kekal menyokong pendekatan sedia ada atau menguji sokongan rakyat melalui pertandingan tiga penjuru.
“Keputusan kami bergantung kepada pendirian UMNO dan BN. Bila mereka nyatakan pendirian dengan jelas, barulah kami tentukan langkah seterusnya,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Khalid menegaskan Amanah sentiasa bersedia untuk menghadapi PRN Melaka dan Johor pada bila-bila masa.
Terdahulu, Sinar Harian pada Sabtu melaporkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menjangkakan PRN Melaka akan diadakan dalam tempoh dua hingga 10 bulan akan datang.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin UMNO negeri perlu bekerja keras untuk mempertahankan prestasi cemerlang mereka selepas memenangi lebih tiga perempat kerusi dalam PRN sebelum ini. -- Sinar Harian


Topic Berkaitan
#PRN Johor
#PRN Melaka
#agihan kerusi
#Amanah
#Barisan Nasional
#Khalid Abdul Samad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan