awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita warga emas rugi RM680,000 jadi mangsa pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
10/05/2025
10:53 MYT
Wanita warga emas rugi RM680,000 jadi mangsa pelaburan tidak wujud
Pesara syarikat swasta berusia 60 tahun itu membuat laporan polis selepas diperdaya oleh aplikasi pelaburan dalam talian 'Silver Peak Capital'.
GEORGE TOWN: Seorang wanita warga emas kerugian RM680,000 selepas menjadi mangsa sindiket pelaburan dalam talian tidak wujud di sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata pesara syarikat swasta berusia 60 tahun itu membuat laporan polis selepas diperdaya oleh aplikasi pelaburan dalam talian 'Silver Peak Capital'.
"Menurut mangsa pada awal Februari lepas beliau telah melihat satu iklan pelaburan berkonsepkan jual beli saham melalui aplikasi Facebook dan mula berhubung dengan suspek menerusi aplikasi WhatsApp.
"Wanita itu memaklumkan pelaburan itu menjanjikan pulangan keuntungan antara 10 hingga 20 peratus daripada modal yang dilaburkan dalam tempoh yang singkat sahaja," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hamzah berkata mangsa yang berminat untuk menyertai pelaburan tersebut telah diminta untuk memuat turun aplikasi 'Silver Peak Cp' dan mendaftar keahlian sebelum melakukan tujuh transaksi ke lima akaun bank berbeza berjumlah RM680,000.
Beliau berkata wanita itu hanya menyedari ditipu apabila kehabisan wang dan masih diminta untuk membuat komisen kepada syarikat tersebut yang kononnya bagi tujuan mengeluarkan keuntungan sebanyak RM11 juta seperti yang dipaparkan dalam aplikasi terbabit.
"Mangsa tampil membuat laporan polis dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan rangkaian sindiket itu. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu," katanya.
Sehubungan itu, Hamzah mengingatkan bahawa penyertaan dalam mana-mana skim pelaburan khususnya yang ditawarkan secara dalam talian adalah sangat berisiko dan orang ramai dinasihatkan menyemak terlebih dahulu dengan pihak berkaitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#mangsa penipuan
#scam
#pelaburan tidak wujud
#silver peak capital
#pelaburan dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan