awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita warga Malaysia ditemukan mati dalam bilik hotel di Hatyai

Bernama
Bernama
27/05/2017
12:54 MYT
Wanita warga Malaysia ditemukan mati dalam bilik hotel di Hatyai
Mereka memasuki Hatyai semalam dan mendaftar masuk di hotel berkenaan yang terletak di Jalan Sanenusom.
Seorang wanita rakyat Malaysia ditemukan mati dalam bilik hotel didiami bersama suaminya di bandar pelancongan selatan Thailand ini kira-kira 9.30 pagi tadi waktu tempatan.
Penolong Bahagian Siasatan Polis Hatyai Kapt Jamlong Kongsawad berkata, wanita itu dikenali sebagai Tan Soon Lin berusia 39 tahun.
"Hasil siasatan polis mendapati tiada sebarang kesan luka di tubuh wanita itu dan kematian beliau dipercayai akibat serangan penyakit jantung yang dialaminya," katanya di sini, hari ini.
Hasil soal siasat terhadap suami wanita itu, katanya, mereka memasuki Hatyai semalam dan mendaftar masuk di hotel berkenaan yang terletak di Jalan Sanenusom.
Menurut lelaki itu, apabila terjaga daripada tidur kira-kira 9.30 pagi beliau mendapati isterinya sudah meninggal dunia di tempat tidur, kata Jamlong.
Mayat wanita itu dihantar ke hospital terdekat untuk dibedah siasat bagi mencari punca sebenar kematian sebelum dibenar dibawa pulang ke Malaysia untuk proses pengebumian, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hatyai
#Hospital
#meninggal dunia
#suami isteri
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan