Unit Pencegahan Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman telah melancarkan operasi dan menangkap seorang warga Afrika Timur yang disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas Al-Shahab.

Suspek yang berusia 34 tahun itu ditangkap dalam satu operasi khas di Selangor dimana namanya berada dalam senarai nama dikehendaki ‘notis merah INTERPOL’.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan susulan ke atas aktiviti suspek di Malaysia untk mengenal pasti rangkaian anasir-anasir pengganas Al-Shahab yang mungkin bersembunyi atau menjalankan aktiviti yang boleh mengancam keselamatan negara,” kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dalam satu kenyataan hari ini.

Suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Pada April lepas, sembilan individu ditangkap di Selangor dan Kedah kerana disyaki terlibat dalam kegiatan militan di negara ini dimana salah seorang daripada mereka merupakan seorang wanita.