Seorang warga Amerika Syarikat meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika menyertai Larian Keputeraan Sultan Azlan Shah di sini hari ini.
Paolo Valsecchi, 46, terjatuh ketika menyertai larian bersama teman wanita dan seorang rakannya di Jalan Istana kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.
"Dia disahkan meninggal pada jam 9.45 pagi di Hospital Kuala Kangsar selepas 40 minit menerima bantuan pernafasan. Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat," kata Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Abdul Ghafar Mohamad kepada pemberita.
Difaham Valsecchi telah menetap di Malaysia selama empat tahun dan bekerja dalam bahagian logistik di Kuala Lumpur.
Rakannya yang enggan dikenali berkata mangsa mengadu sakit pada bahagian ulu hati ketika sedang berlari.
"Dalam 15 hingga 30 saat kemudian, Paolo tiba-tiba jatuh dan dia sukar untuk bernafas. Polis yang berada di kawasan berhampiran bantu hantar dia ke hospital," katanya.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli turut melawat mayat mangsa di hospital.
Zambry dan isteri sebelum itu menyertai larian bersama Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim beserta kira-kira 2,500 peserta.
Bernama
Sun May 12 2013
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Peserta Maraton Standard Chartered Singapura meninggal dunia selepas tamatkan larian
Seorang peserta Maraton Standard Chartered Singapura meninggal dunia selepas menamatkan larian pada Ahad.
Syed Saddiq 'DNF', mohon maaf tidak tamat triathlon
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini mengakui beliau tidak menghabiskan larian dalam perlumbaan 113 Triathlon Desaru Malaysia 2024 di Bandar Penawar, Johor, Sabtu lepas.
AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas
Azeem Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200 meter dengan catatan masa 21.15 saat.
Syed Saddiq tamatkan larian solo dari Muar ke Parlimen
Beliau membuat pecutan terakhir misi solonya dari Stesen MRT KLCC pada pukul 8.45 pagi bagi menamatkan larian itu.
Larian Muar: Syed Saddiq kumpul RM55,000 dalam tempoh 24 jam
Syed Saddiq bermula di Jambatan Muar dan berhenti rehat di Alor Gajah, Melaka dengan larian sejauh 58 kilometer.
Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 bermula hari ini
Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu bakal menampilkan 578 atlet terdiri daripada 17 pasukan dalam negara dan lapan negara luar.
Lebih 5,000 peserta dijangka sertai Melaka International Marathon 2024
Tarikh tersebut meliputi penyerahan kit larian pada 22 dan 23 Ogos, acara larian dan separa maraton (24 Ogos) dan maraton pada 25 Ogos.
KLSCM 2023: Sakit lutut bukan penghalang Poovasanathan juarai Terbuka Malaysia
Kesakitan di lutut kanan yang mula ditanggungnya sebaik memasuki kilometer ke-35 menyebabkan dia terpaksa memperlahankan larian.
Lebih 1,200 peserta meriahkan program larian Rimba Kita
Program anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd bersama WWF Malaysia itu bersifat santai dan dihadiri pelbagai peringkat usia.
Nasra tiba-tiba jadi tumpuan, cetus kontroversi dan permohonan maaf kementerian Somalia
Pelari wanita yang mewakili Somalia dalam acara pecut 100 meter itu muncul sebagai pelari terakhir tiba di garisan penamat.