awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
140,000 kes tangkapan ular direkod pada 2025 - APM
Mayat lelaki disyaki mangsa bunuh ditemui dalam sungai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga asing dipenjara 23 tahun, 7 kali sebatan kerana merogol

Petrus Bernard
Petrus Bernard
01/11/2021
11:49 MYT
Warga asing dipenjara 23 tahun, 7 kali sebatan kerana merogol
Tion Amat, 26 tahun didakwa atas kesalahan merogol seorang mangsa perempuan berumur 21 tahun yang sedang berbasikal di lot kelapa sawit ladang Kumansih Kalabakan pada awal pagi 17 Oktober lalu. - Gambar Astro AWANI
TAWAU: Mahkamah Sesyen Tawau pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun dan tujuh sebatan terhadap seorang lelaki warga Indonesia selepas didapati bersalah atas kesalahan merogol.
Mengikut pertuduhan, suspek, Tion Amat, 26 tahun didakwa atas kesalahan merogol seorang mangsa perempuan berumur 21 tahun yang sedang berbasikal di lot kelapa sawit ladang Kumansih Kalabakan pada awal pagi 17 Oktober lalu.
Suspek ketika kejadian dikatakan mengacukan pisau di leher mangsa sebelum merogolnya pada pukul 6.45 pagi.
Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (b) Kanun Keseksaan dan dihukum mengikut seksyen sama yang membawa hukuman penjara tidak kurang 10 tahun hingga 30 tahun, selain hukuman sebatan.
Hukuman itu dijatuhkan hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Dalam pada itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam turut dihukum penjara empat tahun dan lima sebatan selepas mengaku bersalah mengikut Sesyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan memasuki negara ini tanpa sebarang dokumen yang sah.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Suhaimi Suriana memohon supaya kedua-dua hukuman tersebut dijalankan secara berasingan.
Awang Kerisnada kemudiannya bersetuju dan menitahkan hukuman terhadap tertuduh dijalankan berasingan berkuatkuasa dari tarikh sabitan kes.
Topic Berkaitan
#Tawau
#Mahkamah Sesyen Tawau
#jenayah rogol
#pati
#Tion Amat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan