awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perdaya warga emas konon menang loteri, dua warga Indonesia dipenjara dua tahun
MARA santuni asnaf, rai usahawan sempena Konvoi Gemilang 60 Tahun di Perlis
Langkah tingkat perbelanjaan pelancong fokus utama VM2026 - Tiong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki disyaki mangsa bunuh ditemui dalam sungai

Bernama
Bernama
04/02/2026
07:40 MYT
Mayat lelaki disyaki mangsa bunuh ditemui dalam sungai
Bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan pada kepala akibat hentakan objek tumpul. - Gambar/ Sinar Harian
IPOH: Mayat seorang lelaki disyaki mangsa bunuh ditemukan di Sungai Jambatan Kampung Lubuk, Changkat Keruing dekat Pantai Remis, Khamis lepas.

Ringkasan AI
  • Mayat lelaki disyaki mangsa bunuh ditemui di Sungai Jambatan Kampung Lubuk, Changkat Keruing, Pantai Remis.
  • Mangsa ditemui terapung tanpa dokumen pengenalan, mendedahkan kecederaan kepala akibat hentakan objek tumpul.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, orang awam dipelawa memberi maklumat berkaitan penemuan mayat.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan menemukan mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung dan mereput di sungai berkenaan kira-kira 5.30 petang.
"Mangsa ditemukan dengan hanya memakai kemeja-T. Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai pada tubuh badan mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi mengangkat mayat itu berjaya dilakukan dengan bantuan pihak bomba manakala pegawai forensik Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan pada kepala akibat hentakan objek tumpul.
Hasbullah berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan penemuan mayat itu diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohd Azalan Ab Karim menerusi talian 019-392 7837 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung 05-688 6222 atau talian hotline WhatsApp 017-682 8005 bagi membantu siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#jumpa mayat
#Ipoh
#Changkat Keruing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan