awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA tidak kompromi, sorok sebarang isu integriti petugasnya - Asyraf Wajdi
Dasar Penyakit Jarang Jumpa perkemas tadbir urus, akses rawatan - Dzulkefly
Sarawak hantar pelajar ke UK, latih pakar semikonduktor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

140,000 kes tangkapan ular direkod pada 2025 - APM

Bernama
Bernama
04/02/2026
07:50 MYT
140,000 kes tangkapan ular direkod pada 2025 - APM
Peningkatan ketara panggilan berkaitan kes reptilia itu dipengaruhi oleh cuaca panas berpanjangan dan pembangunan pesat kawasan berpenduduk, sekali gus memaksa haiwan liar keluar dari habitat asal. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) merekodkan kira-kira 140,000 kes kecemasan melibatkan tangkapan ular di seluruh negara sepanjang 2025, iaitu antara tugasan paling tinggi dikendalikan agensi berkenaan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM Ghazali Abd Rahman berkata peningkatan ketara panggilan berkaitan kes reptilia itu dipengaruhi oleh cuaca panas berpanjangan dan pembangunan pesat kawasan berpenduduk, sekali gus memaksa haiwan liar keluar dari habitat asal.
Beliau berkata kebanyakan panggilan diterima melibatkan kawasan perumahan bertanah yang berhampiran hutan, kawasan hijau dan tapak pembangunan baharu, khususnya di kawasan berpenduduk padat seperti Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
"Ini kerana apabila habitat terganggu, haiwan akan mencari sumber makanan baharu serta memasuki kawasan komuniti. Di Pulau Pinang sahaja merekodkan 8,193 kes berkaitan ular sepanjang 2025, manakala 669 kes dicatatkan bagi Januari lepas yang menunjukkan trend berterusan.
"Kita ambil purata sekitar 8,000 hingga 10,000 kes bagi setiap negeri, jumlah keseluruhan di peringkat nasional memang mencecah kira-kira140,000 kes setahun, menunjukkan kes tangkapan ular bukan isu kecil, sebaliknya melibatkan keselamatan awam secara langsung," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perbarisan Pembukaan APM Pulau Pinang 2026 di pejabat APM negeri di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah APM Lokman Hakim Abdul Rahman.
Ghazali berkata operasi tangkapan ular tidak boleh dipandang ringan kerana ia memberi impak besar kepada keselamatan awam dan dengan menangkap seekor ular ia sebenarnya berpotensi menyelamatkan keluarga dalam satu kawasan perumahan tersebut.
Mengulas aspek keselamatan anggota, beliau berkata statistik kecederaan semasa operasi tangkapan ular adalah rendah iaitu kurang daripada 10 kes setahun bagi setiap negeri.
"Kebanyakan anggota mematuhi prosedur operasi standard namun penambahbaikan akan terus dilakukan terutama dari segi penggunaan peralatan perlindungan diri serta latihan, khususnya semasa proses pemindahan haiwan bagi mengelakkan sebarang insiden," katanya.
Sementara itu, Ghazali berkata dalam usaha memperkukuh keupayaan operasi, APM kini menubuhkan jawatankuasa khas bagi menjalankan semakan menyeluruh organisasi, merangkumi aspek struktur, penjawatan, logistik, latihan dan keselamatan anggota.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APM
#tangkapan ular
#khidmat tangkap ular
#musim panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan