Pembeli China menyumbang jualan hartanah sebanyak RM8.4 bilion pada 2018, atau 12.2 peratus daripada jumlah nilai urus niaga dan 0.4 peratus daripada jumlah urus niaga saham, menurut laporan ekonomi portal hartanah antarabangsa China, Juwai.com dan rangkaian agensi hartanah Malaysia, IQI Global.
Laporan itu menyatakan bahawa pembeli China menyumbang kesan berganda yang ketara dengan kesan pelaburan mereka melimpah ke sektor lain, seperti peruncitan, hospitaliti, pembuatan, perbankan, insurans dan pengangkutan.
"Terdapat perbahasan yang hebat di Malaysia tentang sama ada pelaburan asing baik atau tidak untuk negara. Kami mahu memastikannya dan melakukan penyelidikan mengenainya.
"Ternyata pembeli hartanah warga asing memberi impak positif terhadap ekonomi, yang melepasi harga belian yang mereka bayar selain bayaran fi dan cukai," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IQI Global, Kashif Ansari.
Beliau berkata, Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang membahaskan bersungguh-sungguh manfaat pembeli hartanah warga asing.
"Apa yang menjadikan Malaysia istimewa ialah terdapat rejim dasar yang sangat kuat dan berkesan yang menjuruskan pembeli warga asing ke bahagian pasaran hartanah yang memberi manfaat terbaik kepada negara.
"Di Amerika Syarikat (AS), sebagai contoh, di sana hampir tiada sekatan terhadap pembeli luar pesisir," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan Malaysia mempunyai banyak kawalan terhadap pembeli hartanah warga asing berbanding kerajaan AS dan banyak negara lain.
Pengerusi Eksekutif Juwai.com, Georg Chmiel berkata, China membuat 16.5 peratus lebih banyak pertanyaan mengenai hartanah Malaysia pada suku ketiga tahun ini berbanding tempoh suku yang sama pada 2018.
Beliau berkata, pertanyaan untuk pembelian merosot daripada paras tertingginya pada suku pertama tahun ini namun kekal melebihi paras purata pada 2018.
"Pada suku pertama 2019, Malaysia adalah negara kelima paling popular di dunia dari segi pertanyaan pembelian hartanah dari China," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, dari segi jumlah nilai pelaburan hartanah China, Malaysia menduduki ranking terendah, dengan Thailand, Jepun, Australia dan Kanada mengatasi Malaysia sebagai empat destinasi paling popular kepada pembeli China.
"Malaysia menarik perhatian pembeli terutama daripada aspek gaya hidup, persaraan atau pendidikan," katanya.
Beliau berkata, negara mempunyai standard cara hidup yang berpatutan, kehidupan yang berkualiti tinggi, kemudahan perubatan dan institusi pendidikan yang boleh diakses.
"Malaysia secara konsistan menduduki ranking terbaik sebagai tempat tinggal. Ia memang sebuah negara yang hebat. Saya tahu ramai rakyat Malaysia yang sangat bangga dengannya," katanya.
Beliau menambah, bahawa orang China yang membeli hartanah di Malaysia bukan sahaja mewujudkan pertumbuhan ekonomi tempatan dan pekerjaan bahkan turut membayar fi dan cukai tempatan serta meningkatkan industri pelancongan.
Menurut laporan itu, kira-kira RM4.3 bilion pembinaan bangunan kediaman baharu di Malaysia di sasarkan kepada pelabur China dan warga asing.
Katanya, permintaan pembeli China dari Tanah Besar untuk hartanah kediaman terus menyokong sebahagian daripada 37,800 rakyat Malaysia dan pekerja asing tempatan dalam sektor pembinaan bangunan kediaman. - BERNAMA
Bernama
Mon Nov 11 2019

Pembeli China menyumbang jualan hartanah sebanyak RM8.4 bilion pada 2018, atau 12.2 peratus daripada jumlah nilai urus niaga. - Gambar hiasan

Tiga kereta di bahu jalan musnah terbakar
Kebakaran itu tidak membabitkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Iktiraf Presiden PBM: Zuraida gagal dapat kebenaran mahkamah
Zuraida Kamaruddin gagal mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi supaya RoS mengiktirafnya sebagai Presiden PBM.

PBB kutuk Israel bunuh kanak-kanak Palestin
PBB menggesa pihak berkuasa Israel supaya mengambil tindakan ke atas "mereka yang bertanggungjawab".

Simone Inzaghi label Man City 'pasukan terkuat dunia'
Anak buah Pep Guardiola menjadi pilihan utama untuk melengkapkan treble sama yang dimenangi oleh Manchester United pada 1999.

Wanita warga emas rentung dalam kebakaran di Mukah
Warga emas berusia dalam lingkungan 80-an dan belum dikenal pasti identitinya itu dijumpai di bawah runtuhan rumah.

Cuaca panas: Suku Semaq Beri ikut adat kembali ke hutan
Sudah menjadi kelaziman bagi mereka meninggalkan kediaman masing-masing di Kampung Sungai Berua dan berpindah ke dalam hutan.

Pulau Pinang milik Kedah: PM sifatkan 'gelojoh kuasa', serah kepada Peguam Negara
Anwar menyerahkan siasatan terhadap kes tersebut kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan yang sesuai.

Anak menangis lihat Shukri Yahaya kemalangan, Ezzrin Loy mohon maaf, datang bawa hadiah
Tular video merakamkan kereta dipandu Shukri hilang kawalan selepas berlanggar dengan kenderaan yang didakwa dipandu Ezzrin.

Bursa Malaysia diniagakan agak tinggi pada sesi awal dagangan
Bursa Malaysia meningkat untuk dibuka lebih tinggi sedikit pada sesi dagangan awal Selasa.

Ringgit rendah berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan
Ringgit memulakan urus niaga pagi ini rendah berbanding dolar AS kerana pelabur masih mengambil sikap berhati-hati.

Orang asing perlu bayar 60 peratus duti setem beli hartanah di Singapura
Rakyat tempatan pula perlu bayar ABSD sebanyak 20 peratus untuk beli hartanah kediaman kedua berbanding 17 peratus sebelum ini.

Harga hartanah Singapura mahal dorong pembeli cari alternatif di Malaysia - Juwai IQI
Kadar pertukaran mewakili peningkatan 4% hingga 5% dalam kuasa beli dalam dolar Singapura, ditambah dengan pasaran hartanah Malaysia menawarkan kemampuan yang sangat baik pada masa ini.

Warga China beli hartanah bernilai RM8.4 bilion di Malaysia pada 2018
Pembeli China menyumbang jualan hartanah sebanyak RM8.4 bilion pada 2018, atau 12.2 peratus daripada jumlah nilai urus niaga dan 0.4 peratus daripada jumlah urus niaga saham