KUALA LUMPUR: Bagai jatuh ditimpa tangga, itulah gambaran nasib seorang warga emas apabila lot rumah kedai yang baru disewanya selama dua minggu, terbakar dalam insiden kebakaran di Jalan Datuk Haji Eusoff, di sini, petang semalam.
Maimun Mohd Wahi, 64, berkata dia turut terjejas dalam bencana banjir baru-baru ini apabila rumah yang disewa di Taman Chendana, Kampung Baru, di sini, turut dinaiki air yang memaksanya berpindah ke rumah kedai terbabit.
Menceritakan detik cemas dalam kejadian kebakaran itu kepada Bernama, Maimun berkata dia hampir hilang nyawa apabila kepulan asap daripada kebakaran dari tingkat satu pantas memenuhi ruang kediamannya, sekali gus menyukarkannya bernafas.
"Pada waktu itu, asap hitam memenuhi ruang rumah saya. Saya tidak dapat lihat dengan jelas kerana asap begitu tebal dan sukar untuk bernafas.
"Saya terus menuju ke arah tingkap dan membukanya untuk keluarkan kepulan asap itu. Saya melambaikan tangan dan menjerit di tingkap bagi meminta pertolongan," katanya dengan linangan air mata.
BACA: Seorang lelaki maut, 11 terselamat dalam kebakaran di Jalan Ipoh
Maimun dalam pada itu turut memuji tindakan pantas pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam melaksanakan kerja-kerja menyelamat penghuni di lokasi semasa kejadian.
"Saya nampak jentera bomba tiba di lokasi dan mereka (anggota bomba) terus bergegas naik untuk selamatkan kami. Bomba menarik saya keluar dan suruh saya capai kain basah untuk menutup muka. Syukur saya telah diselamatkan.
"Saya rasa kalau lewat sedikit sahaja sudah tentu lebih banyak perkara yang tidak diingini akan berlaku," katanya yang turut memaklumkan bahawa dia hampir pengsan kerana kesukaran bernafas.
Seorang lagi mangsa Harun Long, 68, berkata semasa kejadian dia tidak berada di lot rumah kedai yang sewanya, yang dipanggilnya 'rumah' itu.
"Saya semasa kebakaran itu sedang berada di kedai makan berhampiran dan tiba-tiba banyak jentera bomba datang dan saya ingat terbakar di tempat lain. Allahuakhbar, rupanya asap tebal hitam keluar dari rumah saya," katanya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati Jabatan Kebajikan Masyarakat turut berada di lokasi kejadian, untuk membantu mangsa kebakaran di bangunan rumah kedai empat tingkat di Jalan Datuk Haji Eusoff, di sini, pada 5 petang tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 13 2022
Antara mangsa yang terlibat kejadian kebakaran rumah kedai di Jalan Datuk Haji Eusoff, Kuala Lumpur, pada Rabu. - Foto Bomba KL
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Rumah ADUN Mulu di Bario musnah dalam kebakaran
BBP Marudi menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.40 pagi dan segera mengaktifkan enam anggota Persatuan Bomba Sukarela Bario.
65 penduduk hilang tempat tinggal, 10 rumah terbakar di Kampung Likas
JBPM Sabah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran itu pada 3.11 pagi sebelum tiba enam minit kemudian.
40 penghuni tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran selepas sahur
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, dan operasi tamat sepenuhnya jam 9.22 pagi.
Suami isteri maut, rumah terbakar
Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan seorang remaja berusia 14 tahun dipercayai anak pasangan terbabit.
Nenek, cucu rentung dalam kebakaran
Cucunya yang berusia empat tahun dipercayai terperangkap manakala ibu kepada kanak-kanak tersebut sempat keluar dari rumah tersebut.
Enam rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru pagi ini
Kebakaran tidak melibatkan mangsa dan api dapat dipadamkan sepenuhnya pada 11.09 pagi.
Tujuh rumah terbakar, lapan keluarga hilang tempat tinggal
Lapan keluarga kehilangan tempat tinggal apabila kediaman mereka di Jalan Sultanah Zainab, di Kota Bharu musnah dalam kebakaran pagi tadi.
Wanita OKU rentung, tiga anak melecur kebakaran 12 rumah di Inanam
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, Idam Hamid berusia 50-an ditemukan rentung di bahagian bilik rumahnya.
Deretan empat rumah hangus dalam kebakaran
Keempat-empat buah rumah kelas A itu mengalami kemusnahan lebih 90 peratus, namun tiada kemalangan jiwa berlaku.
Rumah terbakar, lelaki ditemukan rentung
Kebakaran di Lorong 6, Kampung Sri Puchong, Selangor melibatkan sebuah rumah dua pintu yang terbakar 90 peratus.